Page 78 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 78
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
akhlak rakyat. Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di
Mesri iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb
al-Watani) yang berjuang menghapuskan diskriminasi dalam penbtadbiran Mesir, menjamin agar
hutang piutang asing dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas, menyeru agar kuasa
Khedif dipulihkan kembali dan segala pendapatan daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan
kepada kerajaan Mesir.
• Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini bersifat anti orang asing iaitu Perancis dan British.
Peringkat seterusnya, gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan Mesir.
Usaha ini tidak berjaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas hingga menyebabkan Sultan
Abdul Hamid II, pemerintah Turki Uthmaniyah didesak menyingkirkan Khedif Ismail dan digantikan
puteranya, Khedif Taufik pada 1879. Penghujung tahun 1881, Ahmad Urabi dan para penyokongnya
telah merampas kuasa dari Khedif Taufiq. Situasi bertambah tegang apabila pihak British sentiasa
menolak tuntutan rakyat Mesir termasuk isu belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai dari
pendapatan negara yang menguntungan British. Perkembangan ini menimbulkan ketegangan
sehingga berlaku rusuhan di hilir Mesir di mana beberapa orang Kristian telah dibunuh.
• Pada akhir tahun 1881, Ahmad Urabi dan penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada Khedif
Taufiq ( boneka British) dan akhirnya Khedif Taufiq meminta perlindungan daripada British. British di
bawah pimpinan Laksamana Seymour menyerang dan berjaya mengalahkan pasukan Ahmad Urabi
di Iskandariah dan Tel al-Kabir kerana ia mengancam pendudukan British di Mesir. Kolonel Ahmad
Urabi ditangkap dan dibuang negeri ke Sri Lanka. Meskipun perjuangan Ahmad Urabi gagal, inspirasi
perjuangannya telah diteruskan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.
8. Gerakan Mustafa Kamil dan Muhamad Farid (golongan nasionalis lulusan undang-undang)
• Meskipun golongan nasionalis terus mengkritik penguasaan penuh British dalam pentadbiran Mesir,
namun pihak British enggan melaksanakan sistem berparlimen sepenuhnya. Mereka hanya
membenarkan penubuhan majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah dan kebangsaan tanpa
memberi sebarang kuasa kepada badan-badan tersebut. Golongan nasionalis di peringkat ini tidak
seperti Ahmad Urabi dari kalangan tentera. Mereka merupakan golongan lulusan undang-undang
yang dididik pensyarah Perancis yang sememangnya bersifat anti-Briritsh. Golongan ini dipimpin
Mustafa Kamil dan Mohammad Farid. Mustafa Kamil mendapat sokongan rakyat kerana sikapnya yang
keras menentang British. Pada 7 Disember 1907, Mustafa Kamil telah memimpin Kongres Nasional
Pertama bertujuan untuk pembangunan Mesir secara liberal dan akhirnya untuk mencapai
kemerdekaan penuh Mesir. Pihak British berusaha menindas gerakan ini.
9. Gerakan Saad Zaghul- pejuang kemerdekaan
• Berakhirnya Perang dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir semakin
berkobar. Pada bulan November 1918, para pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Saad Zaghlul
(1859-1927) daripada Parti Wafd menemui Pesuruhjaya Tinggi British menuntut kemerdekaan Mesir.
Mereka mendesak agar dibenarkan menghantar satu perwakilan ke Perundingan Damai Perang Dunia
Pertama di Paris. Namun, pihak British menolak semua permintaan tersebut. British menangkap Saad
Zaghlul dan ini mengakibatkan berlaku revolusi besar dalam menentang British.
KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan membangkitkan gerakan penentangan
rakyat Mesir
SOALAN 44: Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi
PENGENALAN
Dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849.
79

