Page 79 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 79

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Ayahnya  Ibrahim  Agha,  seorang  imigran  Turki,  kelahiran  Yunani.  Walaupun  tidak
                                      bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasha merupakan seorang yang
                       cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman
                       Napoleon.  Akhirnya  dengan  kebijaksanaannya  Muhammad  Ali  Pasha  (MAP)  telah  dilantik  sebagai
                       penguasa Mesir. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan
                       Wahabi serta meningkatkan kekuatan ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Keamanan
                       di bumi Mesir telah membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dalam aspek
                       ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi dilakukan sepanjang pemerintahannya.

                   ISI-ISI PENTING
                   1.  Pembaharuan dalam bidang Ketenteraan
                   •   Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan
                       teratur. Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera berbangsa
                       Sudan diganti dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania.
                   •   Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun 1815 di Aswan untuk memberi latihan dan
                       kemahiran kepada pegawai tentera. Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil
                       berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama islamnya Sulaiman Pasha) Beliau memberi nasihat
                       kepakarannya untuk menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir. Kesannya pada tahun 1826 terdapat 90
                       000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Negara Eropah.
                   •   Kesannya, Utara Sudan serta Levant (persisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai, mematahkan
                       pemberontakan  al  Muwahhidun  Wahhabidi  Hijaz  (Arabia)  pada  tahun1818  dan  dapat  memberi
                       keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki
                       Uthmaniyah.
                   •   Jelas bahawa dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul
                       sebagai satu kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.

                   2.  Pembaharuan dalam bidang pentadbiran
                   •   Era pemerintahan Muhammad Ali Pasha 1805-1848 iaitu permulaan kepada pemerintahan Dinasti.
                       Sebelum  itu  Mesir  di  bawah  taklukan  /  pemerintahan  kerajaan  Turki  Uthmaniyah.  Pemerintahan
                       diteruskan  oleh  anak-anaknya  Khedif  Abbas  Hilmi  1  (1848-1854),  Muhamad  Sa’id  Pasha  (1854  –
                       1863)dan Ismail (1863-1879)
                   •   1806, Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada
                       bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara
                       serta mengutip cukai di seluruh Negara.
                   •    Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan
                       ada  hubungan  baik  ini,  pelajar-pelajar  dihantar  untuk  belajar  di  negara-negara  ini.  Tenaga-tenaga
                       pakar dibawa dari Negara-negara ini.
                   •   Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran. Menganggap ulama menghalang kepada usaha
                       pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama
                       amat berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.
                   •   Muhammad Ali Pasha mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya hubungan yang baik dengan
                       Negara-negara  barat,  berlaku  pemindahan  teknologi  dan  ilmu.  Ini  mempercepatkan  proses
                       pemodenan Negara Mesir ini.

                   3.  Pembaharuan bidang pendidikan.
                   •   Menubuhkan institut-institut yang berkaitan dengan pendidikan. Contohnya, kementerian Pendidikan,
                       sekolah  rendah,  sekolah  teknik,  sekolah  perubatan  dan  banyak  lagi.  Banyak  sekolah  didirikan.
                       Contohnya  Sekolah Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran (1827),
                       Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak
                       lagi sekolah seperti kesenian, industri, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing ditubuhkan.
                   •   Guru-guru  yang  bertugas  di  institusi  pendidikan  didatangkan  khas  dari  Eropah.  Contohnya  pakar
                       kedoktoran dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi  Kedoktoran 1827 – 1849
                                                                                                               80
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84