Page 86 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 86

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ●     Peranan  golongan  intelektual  juga  membantu  mencetuskan  kemunculan
                                      gerakan  nasionalisme  di  Mesir.  Golongan  inteletual  yang  menyemai  dan
                       membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan
                       berpendidikan Barat, golongan agama dan golongan elit tentera.
                    ●  Tokoh intelektual berpendidikan Barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar bidang undang-
                       undang menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba
                       meraih  sokongan  golongan  intelektual  keturunan  Qibti.  Tujuan  beliau  adalah  untuk  menuntut
                       kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
                    ●  Tokoh  agama  pula  seperti  Sheikh  Hassan  al-Banna  telah  mempelopori  kebangkitan  golongan
                       intelektual  Islam  menentang  British  melalui  penubuhan  Ikhwanul  Muslimin.  Beliau  berusaha
                       melakukan  Gerakan  Islah  yang  berinspirasikan  dari  Sayid  Jamaluddin  al-Afghani.  Perjuangan
                       Hassan  al-Banna  bersifat  sederhana  meliputi  aspek  akidah,  intergrasi  ilmu  dan  kecekapan
                       pentadbiran.
                    ●  Manakala  kumpulan  intelektual  tentera  Mesir  keturunan  Fellahin  turut  terlibat  dalam  Gerakan
                       nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah.
                       Jelaslah  bahawa  golongan  intelektual  memainkan  peranan  yang  besar  dalam  mencetuskan
                       gerakan  nasionalisme  di  Mesir  dengan  menyemai  semangat  antipenjajah  dalam  kalangan
                       penduduk Mesir.



                   5.  Pergolakan politik di Mesir
                    ●  Gerakan nasionalisme turut tercetus berpunca dari pergolakan politik di Mesir.
                    ●  Penindasan  kerajaan  dan  penjajah  British  juga  menyumbang  kepada  kemunculan  gerakan
                       nasionalisme di Mesir. Pihak istana telah bersekongkol dengan penjajah British demi mengekalkan
                       kuasa manakala Parti Wafd pula terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan
                       dalam pemerintahan negara.
                    ●  Ini menyebabkan rakyat Mesir semakin menderita. Gerakan nasionalisme menyeru rakyat Mesir
                       menggulingkan pemerintah beraja Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik. Reaksi gerakan
                       nasionalisme ini berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berani bersuara dan bangun
                       menentang raja-raja Mesir yang sanggup menggadaikan negara.
                    ●  Contohnya, penindasan British telah mengabaikan pendidikan kepada rakyat Mesir.
                    ●  Ekonomi juga dikuasai oleh pihak kolonial.
                    ●  Pergolakan politik Mesir menyebabkan rakyat tempatan telah ditindas dalam banyak hal sehingga
                       menjadi salah satu faktor dalaman yang membawa  kepada tercetusnya kemunculan semangat
                       nasionalisme.

                   6.  Peranan golongan tentera
                    ●  Peranan golongan tentera juga membantu kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir. Kumpulan
                       tentera  berketurunan  Fellahin  turut  terlibat  dalam  geakan  nasionalisme  menentang  British  dan
                       pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah British.
                    ●  Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah
                       British. Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh Gerakan Islah yang dibawa oleh Sheikh Muhammad
                       Abduh, yang dikenali sebagai Pemberonttakan Urabi 1881-1882.
                    ●  Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah
                       diskriminasi social, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat Mesir. Beliau juga telah
                       menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan.
                    ●  Pada  peringkat  awal  perjuangan,  Gerakan  ini  adalah  sebuah  Gerakan  anti  orang  asing  iaitu
                       Perancis, British dan Turki. Tetapi pada peringkat seterusnya Gerakan ini menuntut perubahan
                       dalam pentadbiran dan pemerintahan.
                    ●  Pasukan Urabi telah diserang dan dikalahkan oleh British kerana beliau dikatakan mengancam
                       pendudukan British di Mesir. Walaupun beliau ditangkap, namun perjuangannya menjadi inspirasi
                                                                                                               87
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91