Page 85 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 85

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      masyarakat Mesir.
                                      ●     Gerakan  nasionalisme  berpaksikan  agama  dicetuskan  oleh  Gerakan
                       Pemulihan Islam (Gerakan Islam) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin
                       oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara matlamat Gerakan ini
                       ialah memperjuangkan penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme dan membebaskan
                       negara  Islam  dari  pengaruh  penjajahan  dan  idealism  Barat  Kristian  yang  boleh  merosakkan
                       pemikiran Islam.
                    ●  Gerakan  ini  menggunakan  sentimen  agama  dengan  menyedarkan  masyarakat  untuk  berjihad
                       dengan membersihkan diri daripada amalan yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang
                       bersifat progresif, dinamisme dan komprehensif. Para ulama menyeru masyarakat Mesir berjihad
                       melawan penjajah Barat dari sudut polotik, ekonomi dan keilmuan melalui semangat Islam. Judteru
                       itu,
                    ●  Rasyid  Rida  amat  menekankan  kepentingan  memperbaiki  kemunduran  umat  Islam  dan
                       memurnikan ajaran Islam. Beliau menekankan Pendidikan dakwah melalui integrasi Pendidikan
                       agama dan moden dengan menubuhkan Madrasah al-Dakwah al-Irshad di Kaherah pada 1912.

                   2.  Bahasa dan kesusasteraan
                    ●  Kemunculan  gerakan  nasionalisme  di  Mesir  juga  dicetuskan  oleh  peranan  bahasa  dan
                       kesusasteraan.
                    ●  Peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada tahun 1910 telah mencetuskan semangat
                       nasionalisme rakyat. Pembunuhan ini berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak Parlimen
                       Mesir menambah konsesi Terusan Suez kepada Mesir.
                    ●  Kematian beliau diabadikan oleh penyair Ahmad Syawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam
                       al-Muayyad dan al-Liwa.
                    ●  Sajak-sajak  ini  menjadi  pemangkin  semangat  nasionalisme  dalam  kalangan  rakyat  tempatan.
                       Begitu juga Hafez Ibrahim juga menggunakan puisi bertemakan antikolonialisme dalam dialek Arab
                       Mesir bagi menangani cabaran era moden.
                    ●  Justeru  itu,  peranan  Bahasa  dan  kesusasteraan  menjadi  pembakar  semangat,  menimbulkan
                       kesedaran  dan  seterusnya  mencetuskan  gerakan  nasionalisme  dalam  kalangan  penggerak
                       nasionalisme Mesir.

                   3.  Pengaruh kewartawanan dan media massa
                    ●  Faktor  pencetus  gerakan  nasionalisme  Mesir  dibantu  oleh  pengaruh  kewartawanan  dan  media
                       massa.
                    ●  Penerbitan akhbar telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.
                       Mereka mula mengenali akhbar sejak aman penjajahan Perancis.
                    ●  Pada akhir abad ke-19M, dua buah akhbar diterbitkan seperti al-Muqtataf dan al-Muqtatam oleh
                       Faris  Nimr,Yaakub  Sarruf  dan  Shahin  Makarious  (golongan  Kristian  Arab).  Muqtatam  menjadi
                       akhbar  harian  berpengaruh  di  Mesir,  namun  ia  dilihat  proBarat  wapaupun  kandungannya
                       menggalakkan perkembangan ilmu moden dan idea saintifik. Selain itu, Bishara Taqla dan Salim
                       Taqla  menerbitkan akhbar al-Ahram pada tahun 1875.
                    ●  Pada  awal  abad  ke-20M,  penerbitan  akhbar  semakin  rancak  berikutan  kemunculan  parti-parti
                       politik dan perkembangan gerakan nasionalisme.
                    ●  Rashid  Rida  yang  menulis  akhbar  Salafiya  telah  banyak  membuka  minda  rakyat  Mesir.  Beliau
                       merupakan  orang  kanan  kepada  Muhammad  Abduh  dan  banyak  menulis  persoalan  yang
                       menyentuh soal modenisasi Islam. Rashid Rida telah menyemai dan menyemarakkan semangat
                       nasionalisme  dalam  penulisan  beliau  dengan  mengkritik  dan  menganggap  penjajah  adalah
                       penyebab kepada kemunduran Islam.
                    ●  Jelas bahawa dengan kerancakan dalam penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
                       masyarakat terhadap Gerakan nasionalisme Mesir.

                   4.  Peranan golongan intelektual
                                                                                                               86
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90