Page 83 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 83
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bahasa Kurdish, Druze, Armenia, Jacobites dan Asyyrian. Akhirnya, Bahasa etnik
minoriti dihidupkan semula dan mempengaruhi perkembangan nasionalisme.
3. Pengaruh Kewartawanan
Gerakan nasionalisme di Syria juga dipengaruhi oleh faktor Pengaruh Kewartawanan. Umpamanya,
Farris Nimr berketurunan Lubnan yang mendapat pengajian di Syrian Protestant College telah
menerbitkan majalah al-Muqattam yang berkisar kepentingan ilmu dan semangat nasionalisme. Khalil
Turi menerbitkan akhbar Tariqat al-Akbar yang mengandungi 3000 isu nasionalisme berkaitan
perundangan, ekonomi dan sebagainya. Majalah al-Manar merupakan majalah bulanan yang
membahaskan idealism pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid
Rida yang lahir di Syria. Majalah ini mengungkap tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea
pembaharuan yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Fokus pemikiran ke
arah usaha pembaharuan dan dakwah Islamiyah di Syria. Al- Manar menggerakkan perbincangan
tentang dakwah, idealism, dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan
yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme,
nasionalisme dan mempelopori dialog pertukaran idea antara budaya serta menangani isu-isu social
dan peradaban. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan 8 halaman, menyiarkan berita mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua
editor, Rasyid Rida sendiri. Justeru, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
masyarakat terhadap gerakan nasionalisme untuk membebaskan diri daripada penjajahan.
4. Peranan Pendidikan
Peranan Pendidikan menjadi faktor tercetus gerakan nasionalisme di Syria. Sebuah akademi Bahasa
ditubuhkan bagi mengumpul ahli Bahasa dari seluruh Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar
fikiran. Tujuan akademi Bahasa untuk mengharmonikan Bahasa masing-masing dengan keadaan
masyarakat Arab daripada pelbagai Bahasa. Walaupun berbeza politik tetapi mereka Bersatu di bawah
satu perkara iaitu Bahasa Arab. Antara tokoh Pendidikan terkenal yang menyokong usaha penubuhan
negara Syria merdeka ialah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai
Pendidikan Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah university dibina menjadi medan
perdebatan golongan terpelajar tempatan. Oleh itu, semangat nasionalisme semakin menyerlah dalam
kalangan rakyat untuk bangun membebaskan negara daripada imperialis Perancis.
5. Peranan golongan intelektual
Golongan intelektual merupakan pencetus Gerakan nasionalisme di Syria. Rasyid Rida merupakan
intelektual muslim Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori
oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam
ketika itu dibandingkan dengan masyarakat Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat
diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad
dalam menghadapi kehidupan moden. Penulisan beliau banyak menyumbang kepada Gerakan
nasionalisme dalam kalangan umat Islam khususnya Syria. Oleh itu, idea-idea beliau telah
menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
6. Peranan Persatuan Kebajikan
Peranan persatuan kebajikan menjadi faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Semangat
nasionalisme Syria dipelopori persatuan-persatuan kemasyarakatan (Jam’iyyah al-Islamiyah) yang
berjuang menyebarkan dakwah Islam dan kesedaran beragama. Antaranya Jam’imyyah al-Tamaddun
al-Islami. Penubuhan jam;iyyah adalah kesan daripada perasaan tidak puas hati terhadap sistem
Pendidikan wajib yang diperkenalkan oleh Perancis. Mereka percaya Perancis mempunyai agenda
tersembunyi di sebalik dasar Pendidikan berkenaan. Dasar pendidikaan Perancis berbeza dengan
British yang memberi kebebasan Pendidikan kepada rakyat tempatan. Persatuan kebajikan yang
dianggotai oleh para fuqaha, khatib, sasterawan dan golongan professional Islam telah melaksanakan
pelbagai program kebajikan termasuk penerbitan buletin berjudul al-Tamaddun al-Islami bertujuan
menyebarkan pengetahuan Islam kepada masyarakat dan menubuhkan madrasah yang diiktiraf
84

