Page 84 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 84

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      pemerintah. Persatuan ini telah membina sebuah sekolah menengah iaitu Madrasah
                                      al-Tamaddun  al-Islami  di  Damsyik  dan  mengasaskan  al-rabitah  al-Ukhawiyyah  li
                       Musa’adah Fuqara sl-Tullab untuk pelajar-pelajar Islam miskin mendapatkan Pendidikan percuma dan
                       membantu serta memberi sokongan kepada Gerakan Intifadah Palestin.

                     7. Ancaman Budaya Barat
                         Ancaman budaya Barat dan ancaman sekolah-sekolah missionary juga menyumbang faktor tercetus
                       semangat nasionalisme di Syria. Penjajahan Perancis menyebabkan rakyat Syria terpengaruh dengan
                       cara pentadbiran Barat dalam pelabagai aspek kehidupan termasuk bidang politik dan ekonomi. Lebih
                       parah  lagi  apabila  masyarakat  Syria  mula  diresapi  dengan  budaya  hidup  Barat,  khasnya  budaya
                       Perancis.  Penyebaran  budaya  Barat  dan  dakyah  Kristianisasi  telah  mengancam  pengaruh  agama
                       Islam  dan  identiti  masyarakat  Syria  sehingga  membangkitkaan  semangat  nasionalisme.  Malahan,
                       dasar Pendidikan Perancis mewajibkan pendudk Syria memasuki sekolah-sekolah yang didirikan oleh
                       colonial dan mendapat sokongan Gerakan missionary. Sekolah-sekolah Perancis mendapt  bantuan
                       pertubuhan-pertubuhan Arab Kristian yang diasaskan atas nama jam’iyyah al-Nisa yang ditubuhkan di
                       Lubnan pada tahun 1850. Ancaman sekolah-sekolah missionary terhadap pemikiran umat Islam Syria
                       telah  membangkitkan  nasionalisme  dalam  kalangan  ulama.  Persatuan  al-Fatat  yang  ditubuhkan  di
                       Paris pada tahun 1911 berjaya menyemarakkan semangat nasionalisme di Syria. Persatuan ini telah
                       mengadakan kongres Arab di Paris pada tahun 1913.

                     8. Pengaruh luar
                         Merupakan  faktor  tercetus  semangat  nasionalisme  di  Syria.  Penduduk  Syria  terpengaruh  dengan
                       Gerakan Islah dan Pan Islamisme yang dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad
                       Abduh. Gerakan ini Berjaya meningkatkan semangat penduduk tempatan melawan ancaman pihak
                       Barat. Shakib Arselan berasal dari Lubnan telah menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk
                       Syria Bersatu di bawah Kerajaan Turki Uthmaniyah  dan menolak konspirasi Barat yang mahukan
                       sebaliknya.  Beliau  menggesa  penduduk  Syria  bangun  secara  sukarela  menentang  British  semasa
                       Perang Dunia Pertama.

                   KESIMPULAN
                            Kesimpulannya,  kebangkitan  nasionalisme  Syria  berlaku  akibat  kesedaran  masyarakat  tentang
                       pelabagai  cabaran  yang  terpaksa  dihadapi  oleh  umat  Islam.  Beberapa  faktor  tersebut  telah
                       menyumbang  kepada  kemunculan  semangat  nasionalisme  masyarakat  Syria.  Penindasan  oleh
                       penjajah  ke  atas  masyarakat  tempatan  telah  menyedarkan  golongan  nasionalis  untuk  bangkit
                       menentang ketidakadilan penjajah Perancis.

                   Soalan 47: Faktor dalaman merupakan pencetus kepada kemunculan gerakan nasionalisme di
                   Mesir  pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi. Bincangkan

                   PENDAHULUAN
                      Nasionalisme  bermaksud  perasaan  cinta  akan  negara,  taat  setia  kepada  tanah  air  serta
                   membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Mereka harus berjuang bagi
                   membentuk  nasib  dan  masa  depan  negara  mengikut  identiti  sendiri.  Pentadbiran  ala  Barat  yang
                   diperkenalkan  oleh  British  dan  penindasan  pemimpin  Mesir  yang  menjadi  tali  barut  British  tidak
                   disenangi  oleh  ulama  dan  penduduk  Mesir  yang  majoriti  beragama  Islam.  Semangat  anti-British
                   memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor dalaman yang mendorong gerakan
                   nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad ke-20 M.

                   ISI-ISI PENTING
                   1.  Pengaruh Agama.
                    ●  Faktor  dalaman  pertama  mencetuskan  kemunculan  gerakan  nasionalisme  di  Mesir  adalah
                       pengaruh agama. Pihak British cuba memBaratkan dan menjauhkan ajaran Islam dalam kehidupan
                                                                                                               85
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89