Page 82 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 82
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Menjelang 1872, gerakan penentangan berakhir tetapi menyebabkan
penduduk tempatan jatuh miskin apabila Perancis menuntut ganti rugi dan merampas
tanah kaum pribumi.Perancis menggunakan hasil ganti rugi untuk memperluaskan penjajahan dan
bukannya membayar pampasan kepada peneroka Eropah yang menjadi sasaran dalam kebangkitan
rakyat Algeria.
6. Gerakan moderat Islam (Algeria Muda)
• Era 1890-an, satu pergerakan moderat Islam yang berkaitan dengan isu-isu masyarakat,pendidikan,
politik dan ekonomi muncul di bandar Tlemcen dan Bone.Pada tahun 1900, mereka menghantar satu
memorandum kepda kerajaan Perancis memohon untuk mendapatkan hak mengundi dan melantik
perwakilan rakyat tempatan dalam pentadbiran Algeria. Mereka dikenali sebagai Jeunes Algeriens
(Algeria Muda). mereka menumpukan perhatian kepada menghubungkan budaya Perancis dan Islam.
Namun, pergerakan ini kurang berjaya dalam membangkitkan semangat rakyat menentang Perancis.
KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan penentangan
rakyat Mesir dan Algeria. Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di
seluruh Algeria sehingga telah mengorbankan banyak nyawa dan digelar sebagai ‘Negara Sejuta
Syuhada’. gerakan demi gerakan yang dilakukanoleh rakyat Algeria sehingga akhirnya Perancis
terpaksa akur dan memberikan kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962.
Soalan 46 : Bincangkan Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Syria Pada Abad Ke-19 Dan
Awal Abad Ke-20 Masihi.
PENDAHULUAN
Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Islam Arab. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih
peranan empayar Turki Utmaniyah. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal
negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun
mereka telah menjajah negara tersebut selama 7 tahun. Pada tahun 1927, Perancis telah
menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih
berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh.Hal ini mengakibatkan
berlakunya gerakan nasionalisme di Syria
ISI-ISI PENTING
1. Faktor agama
Gerakan nasionalisme di Syria tercetus atas faktor Pengaruh Agama. Atas alasan agama, timbul
keinginan untuk menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan
nasionalis di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria
menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan bangsa mereka di wilayah Palestin jelas kelihatan apabila
golongan Turki Muda yang memerintah Uthmaniyah dikuasai pertubuhan al-Itihad wa al-Taraqqi yang
didalangi orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria
menentang penjajah.
2. Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan
Gerakan nasionalisme di Syria berlaku kerana faktor Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan. Pada abad
ke-19 hingga 20M, berlaku perkembangan baharu dalam kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran
dunia Arab. Contohnya, penyair Lebanon, Khalil Ghibran telah menyumbang kepada pembangunan
puisi Arab dengan bentuk dan tema baharu termasuk tema kebangsaan dan kenegaraan. Malahan,
Perancis juga cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan Bahasa golongan minoriti. Kesannya,
menyebabkan golongan minoriti bangkit memperjuangkan pengiktirafan Bahasa ibunda mereka seperti
83

