Page 81 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 81

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      masyarakat  Algeria  sebagai  satu  tindakbalas  untuk  membebaskan  negara  dari
                                      belenggu penjajah.

                   ISI-ISI PENTING
                   1.  Gerakan Husain Dey (1818-1830)
                   •   Husain Dey merupakan pemerintah Algeria terakhir yang dilantik oleh Kerajaan Uthmaniah. Beliau
                       berhasrat menuntut hutang dari Perancis, namun pihak Perancis enggan membayarnya.
                   •   Tindakan  Husain  Dey  yang  tidak  mahu  memberikan  penghormatan  kepada  bendera  Perancis
                       menyebabkan Perancis menggiatkan lagi usaha untuk menguasai Algeria.
                   •   Ketua  tentera  Perancis  iaitu  Bertrand  Clauzel  talah  membawa  masuk  ramai  peneroka  Eropah  ke
                       Algeria. Mereka telah menduduki kota kota Algeria, membuka ladang-ladang dan merampas tanah
                       penduduk tempatan. Mereka turut menceroboh masjid dan perkuburan umat Islam.
                   •   Tindakan  Perancis  menyebabkan  Husain  Dey  memimpin  gerakan  penentangan,namun  menemui
                       kegagalan

                   2.  Gerakan Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine
                   •   Di bahagian Timur Constantine, Ahmad Bey melancarkan gerakan penentangan terhadap penjajahan
                       Perancis. Perancis kehilangan hampir seribu tenteranya apabila Clauzel cuba menakluki Constantine
                       yang dikuasai Amad Bey.
                   •   Apabila angkatan laut Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah, yang cuba membantu Ahmad
                       Bey pada 1837, beliau terpaksa menyerah kalah.
                   •   Namun,  Ahmad  Bey  masih  enggan  mengiktiraf  kekuasaan  Perancis  di  Constantine  kerana
                       menjangkakan bahawa Perancis akan membiarkan pemerintah tempatan memerintah di sana. Namun
                       situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan.

                   3.  Gerakan Syeikh Abdul Qadir al-Jazairi, Gabenor Mascara (1830-an-1840-an)
                   •   Masyarat islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan
                       jihad bagi menentang Perancis.
                   •   Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir sebagai ketua mujahidin. Dengan ini beliau telah mengeluarkan
                       fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dari penjajahan Perancis dan mengisyitiharkan Algeria
                       sebagai negara Islam.
                   •   Dalam tempoh dua tahun, Sheikh  Abdul Qadir  berjaya menyatukan  pelbagai puak dan melakukan
                       gerakan penentangan terhadap Perancis.
                   •   Beliau  menggunakan taktik perang  gerila dan hampir sedekad iaitu sehingga 1845, beliau berjaya
                       mengalahkan Perancis.
                   •   Dalam gerakan penentangan di wilayah barat Algeria, beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan
                       tersebut. Akhirnya, beliau dikalahkan oleh Perancis dan menyerah diri pada 1847.

                   4.  Gerakan Abu Ma’zi
                   •   Beliau  berjaya  menggerakkan  rakyat  tempatan  Algeria  termasuk  penduduk  Kristian  dan  Yahudi
                       menentang Perancis di wilayah Selatan Oran. Abu Ma’zi kemudiannya telah bergabung dengan Syeikh
                       Abdul Qadir yang akhirnya telah melantik beliau sebagai gabenor di wilayah berkenaan.  Abu   Ma’zi
                       dan Syeikh Abdul Qadir berjaya menewaskan perancis dalam pertempuran di Sidi Ibrahim pada tahun
                       1845.Situasi ini membimbangkan Perancis. Marshall Begeaud, gabenor jeneral Perancis di Algeria
                       telah merekrut 10,000 tentera dan berjaya menewaskan pasukan Abu Ma’zi pada Disember 1847.

                   5.  Gerakan Kabylia
                   •   Penduduk Algeria di kawasan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khususnya dalam soal undang-
                       undang tanah. Mereka melihat kedudukan ekonomi semakin terancam oleh peneroka Eropah yang
                       menguasai tanah secara kekerasan.Penjajah Perancis juga merampas tanah penduduk pribumi yang
                       subur, malah merampas tanah habus (tanah warisan) yang tidak boleh dipindah milik. Hampir satu
                       pertiga umat Islam di Algeria telah menyertai gerakan penentang secara besar-besaran.
                                                                                                               82
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86