Page 67 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 67
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Karangan Pendapat/ Perbincangan 2016 2018 2019
1. Karangan jenis ini meminta anda membincangkan dan mengemukakan pendapat sama ada:
(a) bersetuju dengan tajuk dengan memberikan hujah-hujah yang menyokong tajuk tersebut;
Bab 1
(b) tidak bersetuju dengan tajuk dengan memberikan hujah-hujah yang berlawanan dengan tajuk
tersebut;
(c) bersetuju dan tidak bersetuju dengan tajuk dengan mengemukakan isi-isi menyokong dan tidak
menyokong tajuk tersebut.
2. Hujah-hujah yang anda berikan hendaklah logik dan bernas serta dikukuhkan dengan contoh atau
bukti yang sesuai. Sekiranya soalan hanya mengemukakan satu faktor, anda boleh menyokong faktor
itu dan menambah faktor-faktor lain.
3. Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, tepat, dan tidak meleret-leret.
4. Karangan jenis ini tidak mempunyai format khusus, tetapi perlu ada pendahuluan, isi-isi, dan
penutup.
Karangan Cemerlang
Walaupun kehadiran pekerja asing dikatakan banyak menimbulkan masalah kepada negara kita,
namun sumbangan mereka masih diperlukan dalam mengisi pembangunan negara. Berikan pendapat
anda berhubung dengan pernyataan ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah
perkataan.
Pekerja asing ialah tenaga pekerja yang datang dari luar negara. Status pekerja asing dapat
dibahagikan kepada dua kategori, iaitu mereka yang datang secara sah serta mempunyai permit
bekerja dan mereka yang datang secara haram atau dipanggil pendatang tanpa izin. Di samping
itu, terdapat juga mereka yang pada asalnya merupakan pekerja yang datang secara sah, tetapi
telah bekerja melebihi tempoh yang dibenarkan lalu bertukar status menjadi pekerja tanpa izin.
Tidak dapat dinafikan bahawa pekerja asing telah membantu dalam pembangunan negara.
Sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat ketara dimonopoli oleh pekerja asing. Banyak
bangunan pencakar langit serta pembangunan perumahan mendapat sokongan pekerja asing.
Situasi ini disebabkan oleh sikap golongan muda tempatan yang kurang berminat untuk bekerja
dalam sektor berat. Tambahan pula, pekerjaan sebagai buruh tidak mendapat tempat di hati
golongan muda kerana dianggap tidak cocok. Mereka lebih suka bekerja di kilang berbanding
dengan sektor pembinaan.
Sektor perladangan juga memerlukan pekerja asing. Ladang-ladang kian kekurangan tenaga
pekerja ekoran kebanyakan anak muda berhijrah ke bandar. Oleh itu, walaupun majikan sedar
bahawa pekerja yang datang meminta kerja merupakan pendatang asing, namun mereka diterima
dengan tangan terbuka.
Keuntungan daripada kemasukan pekerja asing mungkin lebih dirasai oleh majikan yang
menggaji mereka kerana mereka dapat membayar upah yang murah. Selain itu, mereka mendapat
sumbangan tenaga yang maksimum kerana tujuan pekerja asing bekerja semata-mata untuk
mendapat upah yang dianggap lumayan jika dibandingkan dengan tukaran mata wang negara
mereka. Oleh sebab itu, banyak kilang lebih suka mengambil pekerja asing. Pihak yang rugi ialah
masyarakat tempatan kerana peluang pekerjaan telah jatuh ke tangan rakyat asing.
64
01 Focus SPM BM.indd 64 12/6/19 4:38 PM

