Page 68 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 68

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                         Ada pekerja asing yang terlibat dalam masalah jenayah seperti mencuri, merompak, dan
                  sebagainya. Di samping itu, masalah lain yang ditimbulkan oleh pekerja asing ialah masalah ajaran
                  sesat. Terdapat pekerja asing yang dikesan telah menyebarkan ajaran sesat, khususnya pekerja   Bab     1
                  dari Indonesia. Situasi ini menimbulkan masalah baharu terhadap keharmonian negara. Pihak
                  Jabatan Agama Islam negeri terpaksa memantau kegiatan penyebaran ajaran sesat daripada terus
                  mempengaruhi masyarakat tempatan.
                         Negara  turut  mengalami  masalah  pengaliran  keluar  wang  tunai  kerana  pekerja  asing
                  menghantar wang ke kampung halaman mereka. Dari segi putaran modal, negara mengalami
                  kerugian kerana kebanyakan wang yang dikeluarkan dalam bentuk gaji pekerja tidak digunakan
                  untuk dibelanjakan di negara ini. Setakat akhir tahun 2016, pekerja asing telah dikesan menghantar
                  sebanyak RM34.75 bilion ke kampung halaman mereka.
                         Masalah lain yang timbul ialah pekerja asing telah mula serasi untuk tinggal terus di negara
                  ini walaupun mereka memegang status pendatang tanpa izin. Keadaan ini menyebabkan ramai
                  pekerja asing menyewa rumah-rumah setinggan di kawasan yang berhampiran dengan tempat
                  kerja mereka. Ada yang lebih berani membina rumah di kawasan setinggan. Sebagai buktinya,
                  pekerja asing telah membina rumah-rumah kekal yang layak dipanggil banglo di Selangor tanpa
                  mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Jika perkara ini tidak ditangani dengan
                  segera, perkara ini akan berleluasa dan lebih banyak rumah haram didirikan oleh pekerja asing.
                         Masalah pekerja asing juga mengakibatkan kerugian kepada pihak hospital kerana mereka
                  lari daripada tanggungjawab membayar bil hospital. Tunggakan bil rawatan warga asing yang
                  mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan di seluruh negara bagi tempoh 2012 hingga 2016
                  kini mencecah RM50.5 juta.
                         Kesimpulannya, walaupun pekerja asing, khususnya yang datang secara haram banyak
                  menimbulkan masalah, namun ekonomi negara masih menunjukkan keperluan untuk menggunakan
                  khidmat mereka dalam pelbagai sektor. Oleh itu, satu badan khas yang menguruskan pekerja
                  asing, terutamanya yang datang tanpa izin perlu ditubuhkan bagi mengelakkan masalah yang
                  timbul akibat kehadiran mereka.



                                                                                                     Pekerja
                                                                                                     Asing
                                                                                              INFO
                                                                         16


                Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
                350 patah perkataan.
                  1.  Perpaduan merupakan asas untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang makmur dan sejahtera.
                     Hal ini dapat diwujudkan apabila terdapat suasana kehidupan masyarakat yang sentiasa hidup bersatu
                     padu, saling menghormati, bermuafakat, dan bertolak ansur.
                      Berikan pandangan anda tentang pernyataan tersebut.
                  2.  Sektor pelancongan telah menjadi antara penyumbang terpenting kepada ekonomi negara lantaran
                     beberapa usaha yang dijalankan oleh semua pihak yang terlibat dalam sektor berkenaan.
                      Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor penggalak yang merangsang kehadiran pelancong tempatan
                     dan luar negara?
                  3.  Gejala rasuah merupakan perosak utama masyarakat dan negara, terutamanya kepada pekerja kolar
                     putih. Terdapat sebab-sebab berlakunya permasalahan ini dan sudah pasti ada langkah-langkah untuk
                     mengatasinya.
                      Bincangkan.
                                                                                                      65






         01 Focus SPM BM.indd   65                                                                      12/6/19   4:38 PM
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73