Page 69 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 69
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
4. Minat membaca merupakan suatu sikap yang perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Bagaimanakah
peribahasa “melentur buluh daripada rebung” dapat diimplementasikan dalam usaha mencapai hasrat
murni ini?
Bincangkan.
5. Perpustakaan memainkan peranan dalam kehidupan manusia, terutama dalam era ledakan maklumat
Bab 1
masa kini.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Karangan Ulasan 2015 2016 2017 2018 2019
1. Terdapat dua jenis karangan jenis ulasan, iaitu:
(a) membuat ulasan berdasarkan pernyataan yang diberikan;
(b) membuat ulasan berdasarkan pendapat yang diberikan.
2. Contoh ulasan berdasarkan pernyataan:
Membaca dapat meluaskan ilmu pengetahuan. Ulaskan pernyataan di atas.
Contoh ulasan berdasarkan pendapat:
Yang berikut ialah beberapa pendapat tentang pemusnahan hutan belantara:
(i) Membolehkan pembangunan dijalankan
(ii) Menambahkan kawasan penempatan
(iii) Hakisan tanah berlaku
(iv) Menjejaskan kemasukan pelancong asing
Ulaskan pendapat di atas.
3. Anda boleh membuat ulasan secara positif dan negatif bagi sesuatu tajuk.
4. Anda mestilah membuat ulasan yang lebih mendalam tentang tajuk tersebut.
5. Karangan jenis ulasan tidak mempunyai format tertentu. Walau bagaimanapun, karangan anda
mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi, dan penutup.
Karangan Cemerlang
PETALING JAYA: Kes keracunan makanan menunjukkan peningkatan sebanyak 23.69 peratus,
iaitu 401 kes kepada 496 berbanding dengan tahun lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Ahmad berkata sehingga Mei lalu sebanyak 213 kejadian keracunan makanan telah
dilaporkan yang membabitkan 68 kejadian di sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan.
Manakala, 26 kejadian lagi di sekolah bukan di bawah Kementerian Pendidikan, 19 kejadian di
institusi, 55 kejadian keracunan di rumah persendirian, dan 45 kejadian di tempat-tempat lain.
“Oleh itu, Kementerian Kesihatan memandang serius terhadap kes keracunan makanan
seperti ini dan soal keselamatan serta kebersihan makanan tidak boleh dipandang ringan.”
“Mereka perlu memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan, serta
mengamalkan konsep “lihat, hidu, dan rasa” sebelum makan.
“Saya juga ingin memberikan penekanan kepada pengusaha dan pengendali makanan supaya dapat
menjaga tahap kebersihan premis makanan di samping mempraktikkan dan memperkukuh amalan-
amalan yang baik dalam pengendalian makanan bagi menangani keracunan makanan,” katanya.
BH Online, Sabtu, 13 Julai 2019
66
01 Focus SPM BM.indd 66 12/6/19 4:38 PM

