Page 70 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 70

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan
                Ulaskan pernyataan yang diberikan.  Panjang karangan anda hendaklah  lebih daripada 350 patah
                perkataan.
                  Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap makhluk. Kita memerlukan makanan setiap hari.   Bab     1
                  Tanpa makanan, kita tidak dapat hidup dengan sempurna. Namun  begitu, harus kita ingat bahawa
                  makanan  dapat mendatangkan pelbagai jenis penyakit, malahan tanpa disedari makanan  juga dapat
                  mengakibatkan kematian.
                       Hakikat inilah yang harus kita terima pada zaman serba moden ini. Berdasarkan rencana sebuah
                  akhbar, sebanyak 213 kes keracunan makanan dilaporkan setakat bulan Mei 2019. Kebanyakan mangsa
                  keracunan lazimnya terdiri daripada kanak-kanak. Contohnya, peristiwa yang berlaku di sebuah tadika
                  di negeri Perlis. Kejadian keracunan ini biasanya berlaku di sekolah, pusat pengajian tinggi, dan majlis
                  kenduri.
                       Terdapat pelbagai punca berlakunya keracunan makanan. Kemajuan teknologi telah menghasilkan
                  pelbagai bahan kimia untuk digunakan dalam makanan. Terdapat sebilangan pengusaha mencampurkan
                  bahan awet ini secara berlebihan dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga menyebabkan
                  makanan rosak dan tidak boleh dimakan. Akibatnya jika kita makan makanan tersebut, kita akan
                  mendapat penyakit atau dikenal sebagai keracunan makanan.
                       Selain itu, terdapat juga pekebun sayur yang menggunakan racun serangga secara berlebihan.
                  Mereka yang mementingkan keuntungan lupa bahawa tindakan mereka ini akan memudaratkan
                  dan membunuh orang ramai. Kejadian seperti ini pernah berlaku di Johor apabila beberapa orang
                  mengalami cirit-birit dan muntah-muntah setelah memakan jagung yang baru dipetik. Hasil siasatan
                  menunjukkan bahawa jagung tersebut tercemar akibat semburan racun serangga yang berlebihan.
                       Keadaan persekitaran yang kotor juga dapat mencemarkan makanan. Keadaan ini mempercepat
                  virus atau kuman merebak dalam makanan. Makanan yang dihinggapi kuman tidak boleh dimakan.
                  Di samping itu, lalat dan lipas juga dapat membawa kuman dalam makanan. Oleh itu, makanan perlu
                  ditutup supaya tidak dihinggapi bakteria.
                       Cara penyediaan makanan yang tidak bersih dan sistematik dapat mengakibatkan berlakunya
                  keracunan makanan. Seseorang tukang masak perlu menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan.
                  Kebanyakan  kes  yang  berlaku  itu  melibatkan  penyediaan  makanan  di  kantin  sekolah.  Pihak  kantin
                  perlu sedar bahawa peranan mereka penting dalam menentukan kesihatan murid-murid.
                       Sebagai pengguna, kita seharusnya sedar bahawa makanan kadangkala dapat menyebabkan
                  kematian. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan. Kita juga perlu
                  melihat tarikh luput makanan yang dibeli dan membuat laporan kepada pihak tertentu jika makanan
                  yang dibeli itu tercemar.
                       Pihak Kementerian Kesihatan patut memainkan peranan lebih aktif untuk membendung masalah
                  ini. Pihak kementerian perlu menghantar pegawai-pegawai untuk memeriksa dan memberikan
                  penerangan tentang peraturan penggunaan bahan kimia dalam makanan. Janganlah kita menunggu
                  sesuatu peristiwa berlaku, barulah tindakan akan diambil. Sepatutnya setiap bulan pegawai kesihatan
                  membuat pemeriksaan di gerai-gerai, kebun-kebun sayur, dan kilang-kilang makanan.
                       Oleh sebab kes keracunan makanan kerap berlaku di sekolah, Kementerian Pendidikan mestilah
                  peka akan permasalahan ini. Kementerian Pendidikan hendaklah memberikan garis panduan kepada
                  pengusaha kantin sekolah. Pihak sekolah pula diharapkan tidak meletakkan sewa yang terlalu tinggi
                  sehingga pengusaha kantin mengabaikan kebersihan makanan yang dijual. Selain itu, pihak sekolah
                  juga hendaklah mengawasi kebersihan kantin sekolah.
                       Kesimpulannya, kesedaran orang ramai tentang kebersihan makanan yang dimakan perlu
                  dipertingkatkan.  Sebenarnya,  jika  makanan
                  kita sediakan mengikut peraturan dan dijaga                Fokus
                  kebersihannya, kesihatan kita akan lebih terjamin.   Layari laman web https://bit.ly/2XeKljC bagi mendapatkan
                  Kerjasama semua pihak juga perlu bagi menjamin   panduan pemakanan yang sihat.
                  kebersihan makanan dan alam sekitar.


                                                                                                      67






         01 Focus SPM BM.indd   67                                                                      12/6/19   4:38 PM
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75