Page 10 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 10

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
               Kesan  Pengambilan  Jumlah  Kalori  yang  Tidak Menepati Keperluan  Individu
               Badan manusia  memerlukan kalori untuk proses  hidup. Tanpa  tenaga,  sel-sel  di dalam
               badan akan mati, jantung  dan peparu  akan berhenti  berfungsi, dan organ-organ tidak
               dapat menjalankan proses asas yang diperlukan untuk hidup. Manusia memperoleh tenaga
               melalui  makanan  dan minuman. Jumlah  kalori yang  diambil seharusnya  dapat  menepati
               keperluan kalori individu tersebut untuk mengekalkan kesihatannya. Pengambilan kalori
               yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan (Rajah 2.9).


                             Obesiti

                             Sebab:  Pengambilan makanan secara berlebihan dengan nilai kalori tinggi
                             Kesan:  Risiko lebih tinggi menghidap penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser



                 Anoreksia nervosa
                 Sebab:  Hilang selera makan atau tidak mahu makan sama sekali kerana takut
                       menambah berat badan
                 Kesan:  Gangguan  fungsi  jantung,  sistem  endokrin  dan  sistem  pembiakan,
                       menyebabkan kematian


                                   Aterosklerosis
         Tingkatan 5
                                   Sebab:  Pengambilan berlebihan makanan yang kaya dengan lemak
                                         tepu dan kolesterol
                                   Kesan:  Salur darah tersumbat dan ancaman serangan jantung dan strok


                 Diabetes melitus

                 Sebab: Pengambilan gula yang berlebihan
                 Kesan:  Haus, keletihan, pemulihan luka yang perlahan dan kerap membuang
                       air kencing



                                   Tekanan darah tinggi
                                   Sebab:  Pengambilan garam yang berlebihan
                                   Kesan:  Menyebabkan pemecahan arteri kecil, membawa kepada serangan
                                         jantung dan strok


                              Rajah 2.9 Sebab beberapa masalah kesihatan serta kesannya

               Kuiz
               Kuiz
                Kuiz
                Kuiz
                 Apakah nama penyakit yang disebabkan oleh pengambilan protein yang
                 berlebihan yang mengakibatkan sakit dan bengkak yang teruk pada sendi?

                                                    206





         T5 Bab 2.indd   206                                                                  6/30/21   5:53 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15