Page 11 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 11

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
                  Corak  Pemakanan  Masyarakat  Malaysia  dan Kesannya  terhadap  Kesihatan
                  Corak pemakanan mempengaruhi status pemakanan dan indeks jisim badan (BMI) untuk
                  rakyat  Malaysia  pada  semua  peringkat umur. Corak  pemakanan yang  tidak betul telah
                  menyumbang kepada peningkatan jumlah individu yang obes dan berlebihan berat badan
                  serta menghidapi pelbagai masalah kesihatan (Rajah 2.10).

                       Restoran 24 jam
                                           •  Pembukaan restoran 24 jam mendorong pengambilan makanan
                                             pada waktu yang tidak sesuai seperti waktu lewat malam.
                                           •  Corak pemakanan ini bukan sahaja menghasilkan pengambilan
                                             kalori tambahan yang tidak perlu, makan terlalu dekat dengan
                                             waktu tidur juga boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan
                                             masalah tidur.


                       Makanan segera
                                           •  Sebilangan  besar  makanan  segera  mengandungi  lemak  dan
                                             karbohidrat yang berlebihan dengan kandungan serat yang sedikit.
                                           •  Pengambilan  lemak  yang  berlebihan  menyebabkan  penyakit
                                             kardiovaskular.  Pengambilan  karbohidrat  yang  berlebihan
                                             menyebabkan  obesiti.  Minuman  berkarbonat  mengandungi   Tingkatan 5
                                             gula berlebihan yang boleh menyebabkan diabetes melitus dan
                                             kerosakan gigi. Kafein dalam minuman berkarbonat menyebabkan
                                             insomnia, kegelisahan dan ketagihan.

                        Makanan rapu
                                           •  Makanan rapu ialah makanan dan minuman dengan nilai nutrisi
                                             (misalnya vitamin, mineral dan serat) yang rendah tetapi nilai kalori
                                             yang tinggi dan mengandungi lemak, gula atau garam berlebihan.
                                           •  Makanan  rapu  yang  mengandungi  natrium  tinggi  boleh
                                             menyebabkan  tekanan  darah  tinggi.  Makanan  rapu  yang
                                             mengandungi  karbohidrat dan gula boleh menyebabkan  obesiti
                                             dan diabetes melitus. Makanan rapu dengan lemak trans dapat
                                             meningkatkan aras kolesterol dan menyebabkan penyakit
                                             kardiovaskular. Makanan rapu juga mungkin mengandungi bahan
                                             kimia karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

                                  Rajah 2.10 Kesan corak pemakanan terhadap kesihatan


                     2.2    Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan


                   1.  Tumbuhan memerlukan air, karbon dioksida dan cahaya matahari untuk membentuk
                      karbohidrat semasa fotosintesis. Tetapi tumbuhan memerlukan unsur-unsur tambahan
                      lain  untuk membina nutrien  dan  bahan organik  lain.
                   2.  Sebagai contoh, tumbuhan memerlukan sumber nitrogen untuk sintesis protein dan
                      sumber magnesium dan  nitrogen  untuk  sintesis  klorofil.



                                                       207





         T5 Bab 2.indd   207                                                                  6/30/21   5:53 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16