Page 15 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 15
Sains SPM Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
2.3 Kitar Nitrogen
1. Nitrogen adalah unsur penting yang diperlukan untuk membentuk sebatian seperti
protein, enzim, kebanyakan vitamin, DNA, RNA dan ATP.
2. Udara atmosfera mengandungi 78% gas nitrogen tetapi tidak dapat digunakan
secara langsung oleh tanaman. Tumbuhan hanya dapat menyerap nitrogen dalam
bentuk ion ammonium atau nitrat dari air tanah.
Nitrogen dalam atmosfera
Kilat Pendenitritan
Dimakan oleh Protein
dalam haiwan
(Bakteria
Protein dalam pendenitritan)
tumbuhan
Kematian dan pereputan Tingkatan 5
Bakteria pengikat nitrogen
dalam tanah dan Sebatian ammonium
dalam nodul akar
Penitritan
Nitrit
Penitritan Nitrat
(Bakteria penitritan)
Rajah 2.14 Kitar nitrogen
• Kitar nitrogen menunjukkan perkaitan antara nitrogen atmosfera, sebatian ammonia,
nitrit dan nitrat yang terdapat di dalam tanah dan sebatian nitrogen organik yang
terdapat dalam organisma hidup.
• Terdapat dua proses dalam kitar nitrogen, iaitu proses penambahan ion nitrat ke
tanah dan proses penyingkiran ion nitrat dari tanah.
TIP SPM
Kesalahan konsep
Tumbuhan menyerap nitrogen dari atmosfera.
Pembetulan
Tumbuhan hanya dapat mengambil nitrogen dalam bentuk ion mineral seperti ion
ammonium dan nitrat diserap oleh akar dari tanah.
211
T5 Bab 2.indd 211 6/30/21 5:53 PM

