Page 14 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 14

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
                3.  Eksperimen berikut dijalankan untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien
                    (nitrogen,  fosforus  dan  kalium) terhadap pertumbuhan tumbuhan.

                 Empat tabung  didih  disediakan  dan diisi dengan  larutan kultur  seperti yang  ditunjukkan
                 dalam rajah di bawah.
                  Tiub
                  penghantar    Anak benih                        Anak benih
                  Ke            jagung                            jagung
                  pam           Kapas
                  udara         Gabus


                                Kertas                            Kertas
                                hitam           Larutan           hitam           Larutan
                                Larutan         kultur tanpa      Larutan         kultur tanpa
                                kultur          nitrogen          kultur tanpa    kalium
                                lengkap                           fosforus
                                            Rajah 2.13 Susunan radas
                 Pemerhatian:

                                                           Pertumbuhan tumbuhan
                                    Kekurangan
                  Jenis larutan kultur
                                      nutrien     Ketinggian    Warna daun     Panjang akar
                                                tumbuhan (cm)                     (cm)
         Tingkatan 5
                  Larutan kultur lengkap  Tiada      25            Hijau           10
                  Larutan kultur tanpa   Nitrogen    14            Kuning           8
                  nitrogen
                  Larutan kultur tanpa   Fosforus    10        Hijau tua dengan     4
                  fosforus                                      bintik merah
                  Larutan kultur tanpa   Kalium      15           Sisi daun         5
                  kalium                                       menjadi kuning

                 Perbincangan:
                   1.  Anak benih jagung dalam larutan kultur lengkap bertumbuh dengan lebih sihat kerana
                     dibekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.
                   2.  Anak benih jagung di dalam tabung didih yang lain menunjukkan pertumbuhan terbantut
                     dan kesan kekurangan yang berkaitan dengan fungsi nutrien.
                   3.  Tabung  didih  dibalut  dengan  kertas  hitam  untuk  mencegah  pertumbuhan  alga  yang
                     dapat menyerap nutrien dalam larutan kultur dan menjejaskan keputusan eksperimen.
                   4.  Udara dipam ke dalam larutan kultur dalam setiap tabung didih untuk membekalkan
                     oksigen kepada akar untuk respirasi.
                   5.  Larutan kultur diganti setiap minggu untuk menggantikan nutrien yang diserap
                     oleh anak benih jagung.
                 Kesimpulan:
                 Kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan kalium) merencatkan pertumbuhan
                 tumbuhan.



                                                    210





         T5 Bab 2.indd   210                                                                  6/30/21   5:53 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19