Page 17 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 17

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

                   Mengekalkan kandungan nitrogen di       Mengekalkan kesuburan tanah dan
                   atmosfera                               meningkatkan hasil tanaman
                   •  Dalam kitar nitrogen, nitrogen dari   •  Kitar  nitrogen  membantu  menukarkan  gas
                     atmosfera digunakan untuk membentuk     nitrogen kepada nitrat.
                     ion nitrat dan dikembalikan ke atmosfera   •  Nitrat dan nitrit di dalam tanah dapat
                     melalui pendenitritan.                  memperkayakan tanah dengan nutrien
                   •  Kepekatan nitrogen di atmosfera        yang diperlukan untuk penanaman.
                     dikekalkan pada 78% untuk memastikan   •  Kesannya, produktiviti tanaman meningkat
                     kesinambungan dan kelestarian hidup
                     di bumi.
                                                   Kepentingan
                                                       kitar
                   Mengekalkan bekalan protein       nitrogen     Mengurangkan pencemaran
                   tumbuhan dan protein haiwan secara            alam sekitar
                   berterusan                              •  Bahan kumuh dan bangkai tumbuhan dan
                   •  Ion ammonia dan nitrat di dalam tanah   haiwan diuraikan oleh bakteria dan kulat
                     diserap oleh tumbuhan untuk mensintesis   pengurai untuk dijadikan bahan yang tidak
                     protein. Apabila tanaman dimakan oleh   berbahaya kepada alam sekitar.
                     haiwan, protein dalam tisu tumbuhan   •  Proses  pereputan  mengembalikan  unsur-
                     dicerna menjadi asid amino dan disintesis   unsur seperti karbon, nitrogen dan sulfur
                     semula menjadi protein haiwan.          kembali  ke  tanah  untuk  digunakan  oleh   Tingkatan 5
                   •  Hal ini memastikan bekalan protein     tanaman. Hal ini membantu mengurangkan
                     berterusan untuk kesinambungan dan      pencemaran  alam  sekitar dan konsepnya
                     penyelenggaraan kehidupan untuk semua   diterapkan  dalam  Teknologi  Hijau  untuk
                     organisma hidup.                        menghasilkan kompos.


                     2.4    Teknologi Pengeluaran Makanan


                  Peningkatan pesat penduduk Malaysia membawa kepada permintaan bekalan makanan yang
                  lebih besar. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan
                  kualiti dan  kuantiti makanan. Antara  langkah yang diambil  termasuklah:
                  (a)  meningkatkan  kualiti  makanan
                  (b)  meningkatkan  kuantiti  pengeluaran makanan
                  (c)  menghasilkan dan  menggunakan baka yang bermutu
                  (d)  menggunakan pelbagai jenis  teknologi moden

                  Cara  Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Pengeluaran Makanan  Negara

                   Penggunaan baka bermutu
                  •  Pembiakbakaan  bermutu  merupakan  satu  kaedah  menghasilkan  tanaman  dan  ternakan  yang
                    mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.
                  •  Tumbuhan dan ternakan yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki seperti nilai nutrisi
                    yang tinggi, tempoh kematangan yang pendek, hasil yang lebih banyak, ketahanan yang lebih tinggi
                    terhadap penyakit dan perubahan cuaca serta penyesuaian yang lebih baik terhadap persekitaran
                    yang berubah.
                  •  Baka yang bermutu diperoleh melalui teknik pengklonan, kacukan, kejuruteraan genetik dan teknologi
                    mutagenesis.

                                                       213





         T5 Bab 2.indd   213                                                                  6/30/21   5:53 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22