Page 16 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 16
Sains SPM Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
Pengikatan nitrogen atmosfera: Kilat and letusan gunung berapi
• Sewaktu terjadinya kilat atau letusan gunung berapi, tenaga haba yang terbebas pada suhu
yang tinggi mengoksidakan nitrogen dalam udara untuk membentuk gas nitrogen dioksida
• Apabila hujan turun, gas nitrogen dioksida dalam udara akan melarut dalam air hujan lalu
membentuk asid nitrik dan turun ke permukaan bumi. Asid nitrik ini akan meresap ke dalam
tanah dan bertindak balas dengan mineral untuk membentuk ion nitrat.
Pengikatan nitrogen oleh bakteria pengikat nitrogen
• Bakteria pengikat nitrogen di dalam tanah, air dan nodul akar tumbuhan legum, menukarkan
nitrogen kepada sebatian ammonia.
Pengikatan nitrogen dalam penghasilan baja
• Kilang menghasilkan baja nitrogen.
• Nitrogen atmosfera digabungkan dengan hidrogen untuk membentuk ammonia melalui proses
perindustrian yang disebut Proses Haber.
• Ammonia diproses untuk membentuk urea dan ammonium nitrat.
Penitritan
• Bangkai haiwan mati dan sisa-sisa tumbuhan mati diuraikan oleh bakteria dan kulat kepada
Tingkatan 5
ammonia.
• Bakteria penitritan menukarkan sebatian ammonia di dalam tanah kepada nitrit dan nitrat.
Rajah 2.15 Proses penambahan ion nitrat ke dalam tanah
Proses penyerapan ion nitrat
daripada tanah Proses pendenitritan
• Tumbuhan menyerap nitrat dari tanah melalui • Bakteria pendenitritan di dalam tanah
akarnya untuk mensintesis protein dan menguraikan nitrat menjadi gas nitrogen
sebatian lain dalam sel. dan oksigen.
• Semasa haiwan memakan tumbuhan, protein • Oksigen digunakan oleh bakteria sementara
tumbuhan dipindahkan ke haiwan untuk nitrogen dikembalikan ke atmosfera.
membentuk protein haiwan.
Proses melarut resap nitrat
• Nitrat di dalam tanah larut dalam air dan kemudian
mengalir ke sungai atau air bawah tanah.
• Proses ini menyingkirkan ion nitrat dari tanah
Rajah 2.16 Proses penyingkiran ion nitrat dari tanah
212
T5 Bab 2.indd 212 6/30/21 5:53 PM

