Page 15 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 15
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
sebagai diktator Jerman pada tahun 1945. Nazisme juga mengutamakan
kepentingan negara, mengagungkan bangsa Jerman, dan menyatukan bangsa
Jerman yang berselerak di Eropah Tengah dan Eropah Timur.
Sebab kedua meletusnya Perang Dunia Kedua ialah kelemahan
Perjanjian Versailles. Pemimpin Jerman tidak berpuas hati terhadap perjanjian
tersebut. Hitler telah melanggar perjanjian tersebut dengan mengumumkan
pembentukan Tentera Udara Jerman. Selain itu, Jerman juga memperkenalkan
semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk tentera. Pada tahun 1936,
tentera Jerman berjaya menawan kembali daerah Saar dan Rhineland yang
diberikan kepada Perancis. Pada tahun 1938, Hitler memasukkan Austria ke
dalam Jerman. Pada September 1939, Jerman telah menyerang Poland. Britain
dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman dan bermulanya
Penggal
1 Perang Dunia Kedua.
Faktor ketiga ialah desakan ekonomi apabila harga saham di Bursa
Saham New York mengalami kemerosotan pada tahun 1929. Gandum yang
merupakan hasil utama Amerika Syarikat, Kanada, serta negara di Eropah
Tengah dan Eropah Timur mengalami kejatuhan harga menyebabkan para
petani sukar untuk memasarkannya sehingga mereka jatuh miskin. Masalah
pengangguran semakin ketara dan ramai rakyat mengalih sokongan kepada
parti pembangkang pimpinan Adolf Hitler. Hitler telah menawan Austria dan
Czechoslovakia bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi Jerman.
Seterusnya, sikap negara-negara yang terlibat juga menjadi faktor kepada
Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar
dari dasar pemencilan yang diamalkan sejak sekian lama. Hal ini kerana
Amerika Syarikat berasa terancam dengan dasar peluasan kuasa Jepun dan
curiga dengan sikap Britain. Menjelang tahun 1930-an, Jepun cuba bersaing
dengan Britain untuk menguasai perdagangan di China manakala Britain
yakin bahawa mereka tidak akan dapat menewaskan Jepun sekiranya mereka
berperang. Oleh itu, Britain sanggup bersekongkol dengan Jepun.
Lain pula halnya di Asia, sebab utama tercetusnya Perang Dunia Kedua di
benua ini adalah disebabkan nasionalisme melampau atau Ultranasionalisme.
Kita Ikki telah membawa aliran baru nasionalisme di Jepun. Beliau
mencadangkan pembentukan semula negara Jepun oleh tentera dan dilakukan
atas nama maharaja. Pada tahun 1927, sebuah organisasi sulit ditubuhkan
oleh pegawai-pegawai muda tentera bertujuan merancang perubahan politik
Jepun. Kemunculan nasionalisme melampau dalam kalangan tentera adalah
disebabkan oleh kemerosotan politik berparti dan masalah kemelesetan
ekonomi. Selain itu, golongan tentera juga merampas kuasa pemerintahan
Jepun kesan pegawai-pegawai kerajaan yang sering memberi dan menerima
rasuah.
Dari segi keperluan ekonomi pula, Jepun memerlukan bahan mentah
dan pasaran dari luar negara kerana pasaran domestik yang lemah serta bahan
72
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 72 04/04/2019 5:25 PM

