Page 22 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 22

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
              perkembangan ideologi komunis di China, penduduk China hanya memahami
              dua perkara, iaitu pembebasan China daripada imperialis asing dan tekanan
              daripada tuan tanah. Kebuntuan dalam menentukan kerajaan bermula apabila
              KMT mahukan kerajaan republik dengan presiden berkuasa penuh manakala
              PKC mahukan kerajaan berbentuk kabinet.
                   Pertempuran kecil-kecilan terus berlaku antara kedua-dua pihak dan
              KMT melantik Chiang Kai-shek sebagai Presiden Republik China melalui
              Dewan Perhimpunan Kerajaan Kebangsaan tanpa pengetahuan parti-parti
              lain.
                   KMT yang mencapai kemenangan mula menindas golongan antikerajaan   Penggal
              dan golongan intelektual yang menentang kerajaan ditangkap dan dibunuh.
              Chiang Kai-shek yang mendapat sokongan kuasa-kuasa besar menghadapi
              masalah menghapuskan PKC kerana PKC berbaik-baik dengan penduduk    1
              luar bandar sebelum perang dan penduduk luar bandar juga mempercayai
              PKC.
                   Akibat tentangan daripada pelbagai pihak dan rakyat China yang
              bersemangat menghapuskan imperialis dan menuduh KMT bersubahat
              dengan Barat, menyebabkan PKC memenangi perang saudara tersebut dan
              KMT menyerah kalah. Chiang Kai-shek dan tenteranya berundur ke Taiwan
              dan membentuk sebuah kerajaan demokratik di Taiwan. PKC membentuk
              kerajaan komunis pada tahun 1949 yang dikenali sebagai Republik Rakyat
              China yang kekal sehingga kini.
                   Pada peringkat awal, pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, dan
              sosial sukar dilaksanakan kerana kerajaan Ch’ing curiga kepada usaha-usaha
              pembaharuan yang dilakukan. Maharani Dowager hanya mahu mengekalkan
              tradisi kekuasaan orang Manchu. Perjuangan membebaskan China melalui
              jalan sukar kerana melibatkan pertumpahan darah sesama sendiri. Kesukaran
              ini timbul kerana perbezaan ideologi dan kawalan ke atas rakyat yang bukan
              mudah disebabkan keadaan geografi China yang luas dan penduduknya yang
              ramai.


            Soalan 7
              Bincangkan proses dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan
              yang berlaku di India.                                     [20]

               Rangka Jawapan

              Pendahuluan
              –  Proses dekolonisasi bermaksud pembebasan tanah jajahan dengan
                 memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan.
              –  Proses dekolonisasi di India terpaksa dipercepatkan kerana desakan penduduk
                 tempatan.


                                            79




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   79                                        04/04/2019   5:25 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27