Page 14 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 14
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
47 Tanah yang diberi oleh raja boleh diwarisi oleh keluarga golongan
BAB bangsawan. Misalnya, William de Conqueror telah membina rumah di
1 kawasan yang luas yang dipenuhi oleh pahlawan yang terdiri daripada
golongan bangsawan.
48 Golongan bangsawan juga menyediakan tempat tinggal dan makanan
kepada raja dan kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat
sekitar kerajaannya. Keseluruhannya, baron menggunakan tanah
mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya kepada knight.
49 Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka
menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem
Bagaimanakah golongan primogeniture.
bangsawan mempertahankan
harta dan kekayaan mereka? 50 Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh
mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah
yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi
golongan bangsawan akan dikekalkan.
51 Selain itu, mereka juga menggunakan sistem entail. Dalam sistem ini,
jika tanah itu akan dijual, maka pemiliknya akan menjual kesemuanya
sekali. Peraturan ini jelas dapat menghalang tanah golongan bangsawan
dipecah-pecahkan. Oleh sebab itu, hanya golongan bangsawan lain yang
akan membeli tanah-tanah golongan bangsawan (Wan Abdul Rahman
Latif, 1996: 259–260).
52 Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dari
tahun 1450 hingga tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan
banyak perubahan berlaku dalam golongan bangsawan. Ramai golongan
bangsawan yang terkorban.
53 Peperangan tersebut telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja,
khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti
Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England.
Layari laman web berikut
untuk maklumat lanjut 54 Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan
tentang Perang Bunga raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja tidak
Mawar: sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik
• goo.gl/zMdbmg
golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka
terhadap raja.
55 Kini raja-raja bertanggungjawab mengawal golongan bangsawan. Apabila
INFO golongan bangsawan semakin lemah dengan meningkatnya kekuasaan
raja dan perkembangan ekonomi wang dalam kawasan luar bandar, para
petani tidak lagi terikat dengan golongan bangsawan. Penguasaan ini
membolehkan raja mengawal keseluruhan pemerintahan dan berkuasa
mutlak tanpa dibayangi oleh golongan bangsawan.
56 Oleh kerana sokongan dari segi kewangan daripada golongan bangsawan
masih diperlukan oleh raja, maka raja telah memberikan gelaran
dan anugerah kepada golongan bangsawan untuk mengekalkan taraf
kebangsaan golongan bangsawan. Penganugerahan ini membolehkan
kedudukan golongan bangsawan diiktiraf oleh masyarakat feudal tanpa
menggugat kuasa raja.
12
Bab 01 12 3/27/18 11:33 AM

