Page 15 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 15

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
              57  Seterusnya, dalam masyarakat feudal,  knight berada dalam golongan
                  ketiga selepas golongan bangsawan. Ciri-ciri golongan knight:                             BAB
                  (a)  Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang                     1
                      ketenteraan seperti yang diminta oleh raja.
                  (b)  Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran
                      seperti tanah, harta, dan barang rampasan.
                  (c)  Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron   Ciri masyarakat feudal
                      daripada diserang.                                         England:
                  (d)  Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat   Politik
                                                                                 •  Maharaja
                      untuk baron dan raja.                                      •  Bangsawan
                  (e)  Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.      •  Knight
                                                                                 Ekonomi
              58  Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada  serf   •  Tanah
                  untuk mengerjakan tanah tersebut semasa ketiadaan  knight. Sebagai   •  Ekonomi merkantilisme
                  balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan   Sosial
                                                                                 •  Mobiliti sosial
                  melindungi serf dan keluarganya.                               •  Raja penguasa agama
              59  Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti
                  bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan,
                  knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.
              60  Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja
                  dan baron. Oleh itu, mereka akan menumpukan masa mereka dengan
                  meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan seperti mempelajari
                  strategi peperangan, teknik pengepungan, dan penggunaan senjata.

              61  Pada abad ke-16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat
                  feudal. Raja telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil
                  tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan
                  tentera  upahan  ini  dapat  menjamin  kestabilan politik  dan membawa   Layari lawan web berikut
                  kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal.                       untuk maklumat lanjut
                                                                                  tentang Ratu Elizabeth I:
              62  Oleh itu,  knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera.   •  http://www.elizabethi.org/
                  Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan     us/
                  peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat
                  dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam
                  pasukan infantri.
                                                                                           INFO
              63  Walaupun begitu, ramai golongan bangsawan yang mendapat kepercayaan   •  http://englishhistory.net/
                  raja   menjadi pemimpin pasukan tentera. Misalnya, pada masa      tudor/monarchs/eliz1.html
                  pemerintahan Ratu Elizabeth I, baginda memiliki pasukan tentera yang
                  mempertahankan England daripada ancaman Sepanyol dan Perancis.

              64  Rakyat biasa yang dikenali sebagai petani atau  serf  berada di bawah
                  sekali dalam lapisan masyarakat. Ciri-ciri golongan serf:                INFO
                  (a)  Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh
                      berpindah.
                  (b)  Berada di bawah pengawasan raja dan baron.
                  (c)  Bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang
                      diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian.
                  (d)  Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah
                      dan keperluan lain.




                                                                                                     13






      Bab 01   13                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20