Page 13 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 13

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                 Kesannya:
                  (a)  Membolehkan raja menyeragamkan undang-undang yang berkaitan                          BAB
                      dengan hal ehwal politik, ekonomi, dan sosial.                                       1
                  (b)  Membentuk pentadbiran yang akan membantu raja dalam
                      melaksanakan segala peraturan dan undang-undang.

              39  Penguasaan  tanah  oleh  raja  dalam  masyarakat  feudal  membolehkan
                  raja berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang
                  dimiliki. Bagi raja, hanya golongan yang dipercayai sahaja diberikan hak
                  untuk memajak  tanah tersebut. Golongan yang  dipercayai raja ialah
                  vassal.
              40  Raja juga memberi tanah kepada golongan bangsawan seperti baron dan   Ciri-ciri baron:
                  knight sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan. Sebagai   •  Memberi ketaatsetiaan
                                                                                   kepada raja.
                  balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk   •  Menerima tanah daripada
                  peperangan. Hal ini sangat penting dalam memberi ketaatsetiaan kepada   raja sebagai balasan
                  raja dalam masyarakat feudal.                                    ketaatsetiaan.
                                                                                 •  Menyewakan tanah kepada
              41  Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun raja perlu   petani (serf).
                  mendapatkan cara untuk mengekalkan kedudukannya. Raja harus    •  Membayar cukai ke atas
                                                                                   tanah yang diberi oleh raja.
                  memberikan hadiah kepada golongan bangsawan untuk mengikat taat
                  setia mereka kepada raja. Sebagai balasannya, golongan bangsawan akan
                  diberikan tanah dan terikat dengan raja.

              42  Pemberian  tanah kepada  golongan  bangsawan  membolehkan  raja
                  mendapat pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap
                  golongan bangsawan seterusnya mempertahankan kuasa. Raja juga
                  bertanggungjawab mengetuai tentera dalam peperangan.
              43  Bangsawan atau baron berada dalam hierarki kedua selepas raja. Baron
                  memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja
                  akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti  count, duke,   Apakah tujuan raja mengurniakan
                  baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti   gelaran khas kepada golongan
                                                                                 bangsawan?
                  oleh baron dan vassal.
              44  Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan
                  memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah,
                  mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani / serf  yang
                  mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh
                  golongan bangsawan.
              45  Tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan sangat luas. Dianggarkan
                  kira-kira 400 golongan bangsawan memiliki 3 peratus tanah pertanian
                  di England. Golongan bangsawan ini tidak mengusahakan tanah yang
                  dimiliki untuk mengekalkan  kekayaan mereka. Oleh itu, golongan
                  bangsawan ini telah memajak tanah tersebut atau disewa untuk
                  mendapatkan pendapatan.

              46  Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan
                  dikenakan cukai ke atas tanah, memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta
                  memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.



                                                                                                     11






      Bab 01   11                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18