Page 16 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 16

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                      65  Golongan petani  akan dikawal sepenuhnya oleh  tuan-tuan tanah.
        BAB                               Antaranya,  lord manor (institusi  manor) akan melindungi petani,
                                          mendirikan mahkamah  bagi membolehkan  petani  merayu  untuk
       1
                                          keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk
                                          kampung.
                                      66  Golongan petani yang menerima keistimewaan tersebut terpaksa
                                          berhutang dan memberi khidmat kepada lord. Kesannya, petani harus
                                          bekerja untuk tuan tanah terutama pada musim menuai apabila tenaga
                                          mereka diperlukan, berkongsi hasil tuaian tanaman, serta membayar
                                          cukai.
                                      67  Para  petani  akan  berkhidmat  sebagai  buruh  sekiranya  perkhidmatan
                                          mereka diperlukan. Antara tugas petani sebagai buruh ialah membina
                                          bangsal atau kilang tepung, menggali parit, membina dan membaiki
                                          jalan, melakukan kerja-kerja pembersihan hutan, mengangkut barang-
                                          barang, dan memberi perkhidmatan secara peribadi.
                                      68  Di bawah  sistem  manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada
                                          tanah digunakan dalam manor dan mewakili ekonomi primitif. Dalam
                                          sistem ini, kehidupan petani tertutup dan mereka tidak mempunyai
                                          hubungan dengan dunia luar selain daripada tuan tanah. Keperluan para
                                          petani seperti pakaian, makanan, peralatan, dan keagamaan semuanya
                                          disediakan dalam institusi manor.
                                      69  Petani juga perlu membayar sewa dan tertakluk kepada undang-undang
                                          kehakiman yang ditetapkan oleh tuan tanah.
                                      70  Namun, kehidupan golongan petani  berubah selepas berlakunya
           Kesan perkembangan
           ekonomi di England:            perubahan ekonomi di England. Pada abad ke-16, banyak tanah dibuka
           •  Kemunculan bandar.          untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan
           •  Peningkatan dalam pertanian
             dagangan.                    bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan.
           •  Perkembangan dalam sektor    71  Golongan serf  kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan
             perusahaan.
           •  Golongan serf mencari       dalam  pertanian dagangan, kemunculan  bandar, dan  perkembangan
             pekerjaan di bandar.         sektor perusahaan. Petani keluar dari desa dan mencari pekerjaan di
           •  Berlaku pengurangan tenaga   bandar. Kesannya, berlaku pengurangan tenaga buruh di desa.
             buruh di desa.
                                      72  Oleh yang demikian, tuan tanah terpaksa menyewakan tanah dan
                                          mengupah orang  bebas yang  dibayar  gaji  untuk  mengerjakan tanah
                                          pertanian bagi menampung keperluan permintaan bahan makanan
                                          dalam pasaran.
                                      73  Malahan, ada tuan tanah yang membebaskan  serf supaya dapat
                                          menyewakan tanah kepada golongan serf bagi mengerjakan tanah dan
                                          mendapatkan hasil tanaman. Bagi serf yang dibebaskan pula, mereka
                                          menjadi petani dan menjual hasil tanaman mereka bagi menyara
                                          kehidupan.
                                      74  Kesannya, hubungan antara tuan tanah dengan petani pada abad ke-16
                                          hingga ke-17 tidak begitu rapat. Tuan tanah hanya menyifatkan petani
                                          sebagai buruh upahan dan hubungan adalah antara majikan dengan
                                          pekerja.
                                      75  Pembebasan yang dinikmati oleh golongan  serf telah membolehkan
                                          mereka bekerja sebagai buruh upahan di ladang, menyewa tanah
                                          daripada tuan tanah untuk menghasilkan tanaman, dan berpindah ke
                                          bandar untuk bekerja sebagai buruh kasar atau buruh mahir.
            14






      Bab 01   14                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21