Page 17 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 17

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
             1.1.2  Masyarakat Feudal di Jepun                                           ’11 / ’13
                                                                                                            BAB
               1  Masyarakat feudal di Jepun terbahagi kepada dua lapisan masyarakat,
                  iaitu masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah.                                   1
                  (a)  Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar, dan       Shogun
                      daimyo.
                  (b)  Golongan diperintah pula ialah samurai, petani, tukang mahir, dan   Daimyo
                      saudagar.
               2  Selepas tahun 1192, maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem         Samurai
                  pemerintahan di Jepun. Hal ini berlaku apabila Taira Kiyomori,
                  ketua pahlawan puak Taira menguasai seluruh pemerintahan dengan          Petani
                  mengalahkan tentera maharaja dalam dua peperangan antara tahun
                  1159 – 1160.
               3  Taira Kiyomori melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan         Tukang/Saudagar
                  mengadaptasi amalan Fujiwara dengan mengahwinkan anak            Rajah 1.2 Sistem feudal era
                                                                                   Shogun Tokugawa
                  perempuannya dengan maharaja dan melantik anak lelakinya di atas
                  takhta.
               4  Namun, Taira Kiyomori menghadapi persaingan daripada ketua estet
                  bahagian Timur Jepun yang dipimpin oleh Minamoto Yoritomo. Berlaku
                  satu peperangan sengit antara keduanya sekitar tahun 1180 dan 1185.
                  Minamoto Yoritomo berjaya menewaskan puak Taira. Pada tahun 1192,   Layari laman web berikut
                  beliau menggelarkan dirinya sebagai Shogun atau ketua tentera.  untuk maklumat lanjut
                                                                                  tentang Taira Kiyomori:
               5  Toyotomi Hideyoshi (1536 – 1598) telah melaksanakan dasar sistem   •  goo.gl/vxD7eg
                  feudal dan menjadi ketua yang berdaulat. Kuasa utama yang dipegang
                  oleh maharaja kini di tangan Hideyoshi dan maharaja tidak mempunyai
                  sebarang kebebasan untuk bertindak atau berdikari.
               6  Sebaliknya, Hideyoshi telah memerintah atas nama maharaja dan            INFO
                  menjalankan perintah maharaja untuk memastikan tidak berlaku
                  pemberontakan. Hideyoshi juga berjaya menyelesaikan masalah
                  pembahagian wilayah yang berlaku semasa pemerintahan Nobunaga.
                  Hideyoshi sendiri mengawal wilayah seperti Harima, Yamashiro,
                  Kawachi, dan Tamba. Bagi memastikan wilayah-wilayah lain terkawal,   Galeri Info
                  Hideyoshi telah memberi wilayah Shibata, Katswie, Nima, dan Keda   Penyatuan Jepun telah
                  kepada jeneral-jeneral beliau.                                 disempurnakan oleh Hideyoshi
                                                                                 antara tahun 1584 – 1590.
               7  Seterusnya, pengukuhan kuasa Hideyoshi dilaksanakan dengan melantik   Hideyoshi juga dikaitkan
                  sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada lima orang anggota yang   dengan struktur kerajaan
                  memerintah ibu kota dan wilayah negeri. Urusan ketenteraan dan   kebangsaan.
                  pengurusan  awam  negara  terletak  sepenuhnya  di  bawah  kekuasaan
                  Hideyoshi.
               8  Hideyoshi juga menubuhkan Five Elders (Go-Tairo) untuk menjaga dan
                  mengekalkan status quo serta mengelak sebarang perubahan yang boleh
                  menggugat pemerintahan keluarga Hideyoshi setelah kematiannya nanti.
               9  Five Elders dibantu oleh Junior Advisers untuk menyelesaikan sebarang
                  perbezaan yang berlaku antara mereka. Daikan berada pada kedudukan
                  terakhir.
              10  Daikan merupakan pemangku kepada Hideyoshi dan ditempatkan di
                  kawasan yang luas. Mereka bukanlah pedagang yang kaya tetapi dilantik
                  untuk menjadi pemerhati kepada segala aktiviti yang dilakukan oleh
                  daimyo yang berhampiran (W.Scott Morton, 2006: 121).
                                                                                                     15






      Bab 01   15                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22