Page 18 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 18
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
11 Pada tahun 1600, Tokugawa Ieyasu berjaya mengalahkan saingannya,
BAB dan selepas 15 tahun, Ieyasu berjaya memusnahkan saki-baki keluarga
Hideyoshi apabila Ieyasu menakluki istana Osaka melalui tipu daya yang
1
licik dan melakukan kepungan dengan bala tentera yang besar. Ieyasu
melakukan banyak perubahan yang bersifat konservatif pada peringkat
awal abad ke-17.
12 Perubahan yang dilakukan ialah Ieyasu telah menolak idea pemerintahan
yang berpusat di Kyoto. Pada tahun 1603, Ieyasu telah memperkenalkan
Kesyogunan Tokugawa di timur Jepun yang berpusat di sekitar istananya
di Edo.
13 Ieyasu dan pengikutnya membina sebuah kota berkubu yang kukuh yang
tidak pernah dibina sebelum ini. Kota ini dilindungi oleh parit yang luas,
benteng yang tinggi, dan dikelilingi dinding besar sepanjang dua batu.
14 Pada zaman Shogun Tokugawa (1603 – 1867), Tokugawa lebih berkuasa
daripada maharaja. Maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi
baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Baginda dianggap
sebagai simbol perpaduan.
Foto 1.8 Tokugawa Ieyasu
15 Kuasa pemerintahan sebenar terletak pada Shogun Tokugawa. Keluarga
maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran terletak
di Edo.
Institusi pembesar semasa 16 Pentadbiran Tokugawa dibantu oleh tiga jabatan utama bagi mengawal
pemerintahan Tokugawa: seluruh negara Jepun.
• Majlis Penasihat Agung (Tairo) (a) Jabatan Tairo (Majlis Penasihat Agung) diwujudkan untuk
• Majlis Tertua (Roju)
• Majlis Kehakiman (Hyojosho) menasihati Shogun tentang dasar yang penting dan menjadi
pemangku raja apabila seseorang yang belum dewasa menjadi
Shogun.
(b) Jabatan Roju (Majlis Tertua) membentuk Majlis Negara yang
berfungsi menguruskan perkara seperti istana raja, golongan
bangsawan (kuge), dan golongan daimyo. Selain itu, Jabatan Roju
juga menyelia hal ehwal dalam negeri dan mengawal biara serta
tempat suci.
(c) Jabatan Hyojosho (Majlis Kehakiman) terdiri daripada Roju dan
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Bandar, Biara, Kewangan, Hal Ehwal
Negeri, dan Ketua Pengawas. Fungsinya adalah sebahagian
pentadbiran dan sebahagian lagi berbentuk kehakiman.
17 Bagi mengekalkan kuasa politiknya dalam pemerintahan dan pentadbiran,
Tokugawa telah menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan.
Mengapakah Shogun Tokugawa telah mengeluarkan satu Ordinan pada tahun 1615.
Tokugawa berusaha menyekat
kuasa maharaja dan golongan 18 Ordinan ini dikenali sebagai Kinchu Kuge Sho-Hatto atau Peraturan bagi
bangsawan?
Istana (M.Rajendran, 1988: 44). Antara perkara-perkara penting ialah:
(a) Maharaja harus berdedikasi dalam mempelajari ilmu pengetahuan
dan mesti mengikuti ajaran klasik serta memajukan tradisi puisi.
(b) Menteri-menteri Agung di Istana Maharaja seperti Dojo-Daijin,
Sa-Daijin, dan lain-lain akan menduduki tempat yang lebih kanan
berbanding putera-putera raja.
16
Bab 01 16 3/27/18 11:33 AM

