Page 26 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 26

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                      14  Mekantilisme bermaksud satu sistem campur tangan kerajaan dalam
        BAB                               hal  ehwal  ekonomi  negara.  Tujuannya  adalah  untuk  mengukuhkan
                                          kekuasaan politik dan kekayaan negara.
       1
                                      15  Melalui  campur tangan secara langsung  dalam ekonomi,  kerajaan
                                          dapat memastikan perkembangan ekonomi yang berlaku selari dengan
                                          matlamat kepentingan negara (Wan Abdul Rahman Latif, 1996: 227).
                                      16  Dasar mekantilisme mempunyai tiga unsur yang penting. Unsur-unsur
           Tiga unsur dasar
           mekantilisme bersifat:         tersebut bersifat nasionalisme, paternalisme, dan imperialisme.
           •  Nasionalisme                (a)  Unsur bersifat nasionalisme
           •  Paternalisme
           •  Imperialisme                    (i)  Memperlihatkan sesebuah negara membina satu sistem
                                                  ekonomi yang kendiri, iaitu tidak bergantung kepada negara
                                                  lain bagi memenuhi keperluannya.
                                              (ii)  Tanpa bergantung kepada negara lain, negara berkenaan dapat
                                                  mengekalkan kedaulatan, prestij, dan menambahkan kekuatan
                                                  politik serta kekayaan ekonominya.
                                              (iii)  Bagi mencapai tahap kendiri dalam ekonomi, negara tersebut
                                                  harus  memajukan  ekonominya sama  ada dalam sektor
                                                  pertanian atau sektor industri.
                                              (iv)  Kerajaan perlu memberi galakan dan perlindungan terhadap
                                                  kedua-dua sektor tersebut bagi memenuhi keperluan dalam
                                                  negara dan mengelakkan pengimportan barangan dari luar.
                                          (b)  Unsur bersifat paternalisme
                                              (i)  Memperlihatkan kerajaan memainkan peranan yang besar dan
                                                  secara langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik,
                                                  dan sosial.
                                              (ii)  Oleh sebab itu, sehingga kini, hampir keseluruhan kehidupan
                                                  rakyat Eropah tidak terlepas daripada peraturan dan undang-
                                                  undang negara.
                                              (iii)  Kerajaan  menentukan  kegiatan  pengeluaran  dalam  bidang
                                                  ekonomi, menentukan kuantiti dan kualiti barang, menetapkan
                                                  harga barangan, kadar upah, dan sebagainya.
                                          (c)  Unsur bersifat imperialisme
                                              (i)  Dalam mekantilisme, unsur ini sangat penting. Melalui dasar
                                                  ini, negara perlu mempunyai tanah jajahan di seberang laut.
                                              (ii)  Tanah jajahan menjadi lambang prestij negara serta memenuhi
                                                  keperluan ekonomi negara induk.
           Apakah kepentingan tanah           (iii)  Dengan mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara tidak akan
           jajahan kepada negara yang
           mengamalkan imperialisme?              bergantung dengan negara lain.
                                              (iv)  Tanah jajahan diperlukan untuk mengekalkan keperluan bahan
                                                  mentah dan menjadi pasaran untuk keluaran negara induk.
           Dasar ekonomi mekantilisme:   17  Negara Belanda dan China mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme
           •  Belanda mengamalkan         yang mempunyai unsur yang berlainan. Negara Belanda mengamalkan
             unsur paternalisme dan
             imperialisme                 unsur paternalisme dan imperialisme.
           •  China mengamalkan       18  Manakala negara  China  mengamalkan unsur  nasionalisme dan
             unsur nasionalisme dan
             paternalisme                 paternalisme dalam menentukan ekonominya. Pengamalan unsur-unsur
                                          mekantilisme ini membolehkan kedua-dua negara memperlihatkan
                                          perkembangan ekonomi agraria sepanjang abad ke-16 hingga ke-17.



            24






      Bab 01   24                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31