Page 21 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 21
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
38 Samurai (Kelas Panglima) merangkumi hampir 5 peratus daripada
jumlah penduduk Jepun dan mempunyai kedudukan istimewa dalam BAB
masyarakat. Ciri-ciri samurai: 1
(a) Tinggal berhampiran bandar atau istana. Dapatkan maklumat tentang
(b) Menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan daimyo. samurai dalam laman web
berikut:
(c) Menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada daimyo. • http://en.wikipedia.org/
(d) Tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain wiki/Samurai
walaupun negara dalam keadaan aman.
(e) Pada era pemerintahan Hideyoshi, samurai tidak boleh
meninggalkan tugasnya dan meminta para petani menyerahkan
senjata kepada kerajaan. INFO
• http://www.history.com/
39 Semasa era pemerintahan Tokugawa, Jepun dikatakan sebagai ekonomi topics/samurai-and-
“beras”. Hasil pendapatan daimyo dan samurai diukur mengikut banyak bushido
beras yang dmiliki dan bukannya mata wang.
40 Samson menyatakan bahawa “kekayaan diukur mengikut banyaknya
beras kerana beras menjadi perantaraan pertukaran yang sangat penting
dan juga makanan yang utama.” (G.B. Samson, 1931: 445). INFO
41 Oleh itu, amat jelas bahawa golongan daimyo dan samurai terpaksa
ditanggung oleh golongan petani. Malahan, ada yang menyatakan
bahawa petani dianggap sebagai jentera untuk menghasilkan beras bagi
mengisi perut golongan samurai (G.B. Samson, 1931: 457). Galeri Info
42 Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa Kelas samurai muncul
perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Golongan samurai yang sebagai kelas yang paling
berpendidikan dalam sistem
bergantung hidup dengan menerima pendapatan berguni-guni beras feudal Tokugawa.
daripada shogun atau daimyo sebelum ini telah menjual beras tersebut
untuk mendapatkan wang tunai daripada saudagar-saudagar di Osaka.
43 Masalah ekonomi telah menyebabkan golongan samurai berhutang
dengan golongan saudagar terutamanya peminjam wang dan broker
beras. Kemiskinan menyebabkan akhlak golongan samurai merosot dan
terjebak dalam kegiatan penyamunan dan keganasan pada pertengahan
abad ke-18.
44 Sementara itu, golongan saudagar pula menjadi semakin kaya walaupun
kedudukan mereka dalam masyarakat adalah bertaraf rendah.
45 Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang
tertinggi. Ini kerana Jepun merupakan sebuah negara pertanian yang
tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar berikutan Mengapakah golongan petani
amalan dasar tutup pintu. mendapat kedudukan tertinggi
dalam kalangan rakyat biasa di
46 Kaum tani merangkumi 80 – 90 peratus daripada jumlah penduduk Jepun?
terpaksa menanggung beban percukaian yang berat. Mereka membayar
40 – 50 peratus daripada jumlah hasil keluaran mereka sebagai cukai
tahunan kepada daimyo. Petani-petani yang gagal membayar cukai akan
menerima hukuman yang berat (M.Rajendran, 1988: 45).
47 Kelas tukang mahir (artisan) adalah di bawah petani. Artisan memiliki
pengetahuan dan keupayaan istimewa serta mendapat penghormatan
kerana hasil pertukangan mereka digunakan oleh golongan daimyo.
19
Bab 01 19 3/27/18 11:33 AM

