Page 24 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 24

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                      15  Di Jepun,  samurai tidak mempunyai tanah. Hal ini kerana  daimyo
        BAB                               mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam
                                          bentuk beras.
       1
                                            Jadual 1.1 Persamaan sistem feudal Eropah dengan sistem feudal Jepun
                                              Aspek                        Huraian
                                           Konsep      Satu gabungan  yang  istimewa  antara  konsep  pemusatan
                                                       undang-undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah organisasi
                                                       dengan ikatan peribadi kesetiaan.
                                           Pembinaan   Dasar keturunan atau sistem kelas.
                                           masyarakat
                                           Mobiliti sosial   Kurangnya perubahan status atau kurangnya mobiliti sosial.
                                           Peperangan   Sering dilanda peperangan.
                                           Peralatan   Menggunakan kuda, pedang, dan baju perisai.
                                           peperangan


                                            Jadual 1.2 Perbezaan sistem feudal Eropah dengan sistem feudal Jepun
                                               Aspek             Eropah                 Jepun
                                          Pembinaan istana  Batu.              Kayu.
                                          Konsep undang-  Menekankan hak, undang-  Menekankan aspek moral.
                                          undang          undang, dan kewajipan.
                                          Perkongsian kuasa  Berkongsi kuasa dengan   Kekuasaan dan kesetiaan
                                                          badan perwakilan.    menjadi sesuatu yang mutlak.

                                          Pemilikan tanah   Golongan knight mendapat  Golongan samurai tidak
                                                          tanah.               mempunyai tanah.
                                          Penyatuan       Raja-raja            Jeneral tentera


                                            1.2  Masyarakat Agraria


                                       1  Secara umumnya, perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata
                                          Greek, iaitu oikos dan oikonomia yang bermaksud segala tindakan yang
                                          berkaitan dengan pengeluaran atau pengedaran barangan ekonomi.
                                       2  Menurut sarjana ekonomi, iaitu L.Robbins dalam karyanya, An Essay on
                                          the Nature and Significance of Economic Sciences, ekonomi ditakrifkan
                                          sebagai sains yang mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan
                                          antara matlamat akhir dan barangan terhad yang mempunyai kegunaan
                                          alternatif.
                                       3  Mengikut J.S. Mill, ekonomi sebagai sains praktikal tentang pengeluaran
                                          dan pengagihan kekayaan. Manakala Holton dalam bukunya, Economy
                                          and Society menyatakan bahawa komponen-komponen ekonomi harus
                                          mempunyai  penggunaan  dan  pengeluaran,  produktiviti  dan  inovasi
                                          teknologi, pasaran, kontrak, wang simpanan, organisasi ekonomi,
                                          pembahagian buruh, ekonomi masyarakat, dan sebagainya.
                                       4  Bagi Adam Smith pula, ekonomi ialah kajian tentang sifat-sifat dan
                                          sebab-sebab kekayaan negara (Sivachandralingam Sundara Raja dan
                                          Ayadurai Letchumanan, 2001: 301).

            22






      Bab 01   22                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29