Page 28 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 28

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                          mader menjadi semakin penting berikutan perkembangan industri tekstil
        BAB                               di Leiden dan bandar-bandar lain. Seterusnya, Rotterdam menjadi pusat
                                          pengumpulan dan pengedaran mader yang utama di Belanda.
       1
                                       9  Hem ditanam secara meluas di Holland dan Utrecht menjelang abad
                                          ke-16. Tanaman hem digunakan untuk membuat barang daripada kanvas,
                                          jala dan tall kapal. Hem ditanam di Alblasserwaard, Lopikerwaard dan
                                          Krimpenerwaard. Di wilayah Alblasserwaard, tanah seluas 18.7 hektar
                                          digunakan untuk penanaman hem. Malahan, perkembangan industri
                                          perkapalan di Belanda turut membantu perkembangan tanaman hem.
                                          Misalnya, bandar Woerden dan Oudewater berkembang pesat akibat
                                          pembukaan ladang-ladang hem di sekitarnya.
                                     10   Perkembangan pertanian masyarakat agraria adalah disokong dengan
                                          peningkatan teknologi. Masyarakat agraria mempunyai kemahiran dalam
                                          mencipta peralatan baru serta penggunaan kaedah pertanian. Misalnya,
                                          masyarakat agraria mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar
                                          dan membajak tanah-tanah pertanian.
                                      11  Petani  Belanda  pula  masih  mengamalkan  sistem  pertanian  padang
           Kegiatan ekonomi:
           Pertanian                      terbuka. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga
           •  Tanaman sayuran             bidang.
           •  Tanaman bijirin             (a)  Dalam setiap bidang, terdapat lajur-lajur yang dibahagikan secara
           •  Tanaman dagangan
           •  Tanaman bunga                   memanjang untuk diusahakan oleh para petani.
           Penternakan                    (b)  Dalam setiap musim, petani hanya mengusahakan dua daripada
           Perikanan                          tiga bidang tanah tersebut.
           Perkapalan
           Perdagangan                    (c)  Satu bidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang yang bertujuan untuk
                                              memulihkan kembali kesuburan tanah sebelum diusahakan pada
                                              musim yang berikutnya.
                                          (d)  Najis binatang menjadi baja untuk menyuburkan tanah.
                                      12  Kesannya, pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di kawasan desa.
                                          Dianggarkan pada tahun 1590 hingga tahun 1615, tanah-tanah yang
                                          digunakan untuk pertanian ialah sebanyak 36 000 ekar.
                                      13  Pada suku pertama abad ke-17, kerajaan Belanda telah berjaya
                                          meningkatkan hasil pengeluaran dalam bidang pertanian apabila
                                          melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan
                                          pertanian. Dengan penambakan tanah laut ini, keluasan kawasan
                                          pertanian bertambah dan secara langsung menambah pengeluaran
                                          pertanian.
                                      14  Seterusnya, penggunaan teknologi kincir angin telah membolehkan
                                          air yang berlebihan dari kawasan tanah rendah dialirkan ke kawasan
                                          pertanian.
                                      15  Masyarakat agraria juga menggunakan kaedah tanaman bergilir, iaitu
                                          menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman
                                          bijirin. Kaedah penggiliran tanaman ini bukan sahaja menyuburkan
                                          tanah, malah meningkatkan hasil pengeluaran serta berpanjangan tanpa
                                          menunggu musim tanaman.
                                      16  Pertambahan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan
                                          pengeluaran makanan dan penduduk. Simpanan bahan makanan turut



            26






      Bab 01   26                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33