Page 27 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 27
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
1.2.1 Masyarakat Agraria di Belanda
1 Selepas berjaya dalam perjuangan melepaskan Belanda daripada BAB
cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol pada tahun 1
1585, Belanda mengalami ledakan ekonomi.
2 Ledakan ekonomi ini berlaku sejajar dengan perkembangan revolusi
pertanian yang telah meningkatkan taraf hidup masyarakat Belanda di
Eropah. Malahan, revolusi teknik pembinaan kapal telah menjadikan
Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada
perkembangan pelabuhan Amsterdam. Belanda mencapai zaman
kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17.
3 Masyarakat agraria di Belanda menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan Hasil Pembelajaran
kepada pertanian, penternakan, industri yang berasaskan pertanian
dan perdagangan. Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian pada abad Menghuraikan ciri-ciri
ke-16 tertumpu di kawasan utara Belanda. Kawasan ini terkenal masyarakat agraria di
Belanda.
sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Masyarakat petaninya masih
mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar
tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
4 Tumpuan masyarakat petani ialah kepada tanaman bijirin seperti
gandum, barli, dan oat. Tanaman barli merupakan tanaman penting
pada peringkat awal pertanian. Namun, pengeluaran tanaman ini
mula meningkat menjelang abad ke-16 dan ke-17. Tanaman gandum
menjadi tanaman penting menjelang abad ke-17. Justeru, tanaman ini
ditanam secara intensif oleh petani sehingga akhir abad ke-16. Petani
menghasilkan pengeluaran sebanyak 1 150 kg hingga 1 900 kg bagi setiap
hektar tanah yang diusahakan.
5 Masyarakat petani juga mengusahakan tanaman lain seperti kobis,
kekacang, dan bunga-bungaan. Petani di kawasan Amsterdam pula
menanam jagung. Hasil pertanian tersebut telah dieksport ke luar negara.
6 Namun pada abad ke-17, Belanda tidak dapat memenuhi permintaan
terhadap bijirin, berikutan pertambahan penduduk kesan daripada
migrasi penduduk di wilayah selatan. Kegagalan memenuhi permintaan
ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dari Baltik, Perancis
dan Wilayah Walloon.
7 Petani menanam biji kol di Zeeland, bahagian utara Belanda pada tahun
1557 dan di Bogaurden, bahagian selatan Belanda pada sekitar tahun
1562 dan 1568. Tanaman ini amat menguntungkan petani kerana biji
kol diproses untuk menghasilkan minyak dan hampasnya digunakan
sebagai makanan ternakan pada musim sejuk. Kepentingan tanaman Foto 1.10 Penggunaan kincir
ini menyebabkan biji kol ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig dan angin
Holstein pada abad ke-16 dan ke-17.
8 Tanaman lain yang diusahakan secara meluas di bahagian barat daya
Belanda, iaitu di wilayah Brabant Barat ialah mader, iaitu tanaman herba
yang menjalar dan berbunga kuning. Akarnya diproses untuk dijadikan
serbuk pewarna yang digunakan dalam industri tekstil. Tanaman ini
dieksport ke pelabuhan yang terletak di bahagian selatan dan timur
England. Pada akhir abad ke-16 dan pertengahan abad ke-17, penanaman
25
Bab 01 25 3/27/18 11:33 AM

