Page 25 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 25
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
5 Routledge Dictionary of Economics mentakrifkan ekonomi ialah
pengkajian tentang kaedah-kaedah umum terhadap manusia atau BAB
individu yang bekerjasama untuk memenuhi kehendak material mereka. 1
6 Semasa Zaman Pertengahan di Eropah, ekonomi dilaksanakan melalui
sistem barter atau pertukaran barang kerana sistem wang masih belum
menjadi medium pertukaran yang lazim digunakan.
7 Terdapat tiga peringkat pembangunan dalam sejarah ekonomi, iaitu Peringkat perkembangan
ekonomi primitif, perhambaan, dan feudal. ekonomi:
(a) Ekonomi primitif • Ekonomi primitif
(i) Mengamalkan semua pengeluaran asas seperti tanah dan air • Ekonomi perhambaan
• Ekonomi feudal
sebagai milik bersama.
(ii) Konsep keuntungan individu masih belum diutamakan.
(b) Ekonomi perhambaan
(i) Penggunaan hamba dijadikan faktor pengeluaran.
(ii) Hamba dijadikan buruh-buruh di ladang dan tidak dibayar
gaji, sebaliknya terikat dengan majikan sehingga sampai satu
masa yang ditetapkan.
(c) Ekonomi feudal
(i) Sistem ekonomi yang mempunyai peraturan dan ketetapan
yang harus dipatuhi oleh golongan buruh.
(ii) Ketua-ketua feudal mempunyai kuasa yang besar disokong
pula oleh golongan pembesar yang mendapat keuntungan
daripada ketua-ketua feudal tersebut.
8 Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian,
penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya,
penempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-
lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem
saliran yang baik.
9 Masyarakat agraria di China hanya menurut segala arahan golongan
pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada masyarakat tani.
Masyarakat agraria di China melaksanakan tanggungjawab sebagai petani
atas tanggungjawab kepada pemerintah.
10 Pada abad ke-16, Eropah mengalami perubahan politik dan ekonomi
yang pesat. Ketika itu, sistem feudal yang menjadi amalan di Eropah
mengalami kemerosotan dan di sesetengah kawasan, sistem ini telah
runtuh. Keruntuhan sistem feudal telah membentuk beberapa buah
negara bangsa yang baru. Antaranya ialah Portugal, Sepanyol, England,
dan Belanda.
11 Keruntuhan sistem feudal membolehkan unit-unit politik yang diperintah
secara berasingan sebelum ini disatukan di bawah satu pentadbiran pusat
yang diketuai oleh raja. Raja memerintah secara mutlak.
12 Pemerintahan sistem beraja berkuasa mutlak dan pembentukan sistem
negara kebangsaan membolehkan kerajaan menyeragamkan segala
bentuk peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal
ekonomi, politik, dan sosial. Perkembangan ini memberi kesan yang
besar kepada sistem ekonomi yang dijalankan.
13 Bagi negara Belanda dan China, dasar ekonomi yang menjadi amalan
pada abad ke-16 hingga abad ke-17 dikenali sebagai mekantilisme.
23
Bab 01 23 3/27/18 11:33 AM

