Page 30 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 30
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
25 Ikan-ikan herring yang ditangkap oleh nelayan Belanda ini berkualiti
BAB tinggi dan dapat dijual dengan harga yang mahal di pasaran.
1 26 Dianggarkan hampir 1/5 daripada penduduk Belanda terlibat dalam
industri perikanan yang menguntungkan Belanda. Industri perikanan
Belanda juga berjaya mengalahkan pesaingnya, iaitu Jerman dalam
merebut pasaran di Baltik apabila mengeksport ikan herring, garam,
arak dan pakaian bagi mendapatkan bijirin dari Baltik.
27 Belanda juga terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan
pembinaan kapal yang terbaik di Eropah. Kapal-kapal yang dibina
berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan muatan yang banyak.
28 Industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapat kepercayaan
pedagang-pedagang negara Eropah pada abad ke-17. Pada tahun
1630-an, sebanyak 2 500 kapal Belanda digunakan dan jumlah ini adalah
separuh daripada perkapalan di Eropah.
29 Para pedagang England, Perancis, dan Sepanyol turut menggunakan
kapal-kapal buatan Belanda. Pembinaan kapal tersebut meningkatkan
lagi sistem pengangkutan di Belanda. Kapal-kapal ini telah membawa
barangan dagangan dari bandar Holland dan Zeeland ke bandar Flanders
dan Brabant.
30 Perkembangan perdagangan Belanda meningkat dengan wujudnya
industri pembuatan kapal ini. Pada tahun 1648, kapal-kapal Belanda
telah membawa barangan pertanian seperti gandum, besi, dan galian
ke Eropah.
31 Negara-negara Eropah bergantung dengan kapal-kapal Belanda untuk
membawa barangan keperluan mereka. Kapal-kapal Belanda membawa
gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia dan kemudian membawa
lebihan muatan ke negara Perancis, Sepanyol, serta Mediterranean.
32 Kapal Belanda turut mengangkut hampir keseluruhan pengeluaran
Foto 1.13 Contoh kapal Belanda logam besi dari Sweden. Malahan, kapal-kapal Belanda juga membawa
barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia, Brazil, Jepun, Asia
Tenggara, dan Kepulauan Barat Afrika. Kesannya, Belanda berjaya
menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.
33 Perkembangan perdagangan selepas abad ke-16 telah mengubah corak
perdagangan antarabangsa sebelum ini. Sebelum ini, perdagangan
antarabangsa berlaku dalam bentuk pertukaran barangan mewah dan
kawasan Mediterranean menjadi pusat pertukaran barangan di Eropah.
34 Namun, pada abad ke-16, pusat perdagangan telah beralih ke kawasan
Dapatkan maklumat lanjut Lautan Atlantik yang menyebabkan Belanda muncul sebagai negara
tentang pelabuhan Lisbon perdagangan pada abad ke-17.
dalam laman web berikut:
• goo.gl/zxryAA 35 Sejak abad ke-16 lagi, Belanda menggunakan pelabuhan Lisbon untuk
mendapatkan barangan berharga yang dibawa dari Timur untuk
diperdagangkan ke pelabuhan Eropah Utara. Oleh yang demikian,
pedagang-pedagang Belanda menjadi orang tengah yang telah banyak
memperolehi keuntungan.
INFO
36 Hubungan perdagangan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan
pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Namun, hubungan ini berubah
28
Bab 01 28 3/27/18 11:33 AM

