Page 22 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 22
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
48 Golongan tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa.
BAB Mereka diberi gaji yang lumayan dan rumah yang baik. Misalnya, tukang
kayu di Kyoto diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai
1
sebilah pedang.
49 Kelas pedagang (chonin) terletak di bawah tukang mahir. Mereka
dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun,
keadaan aman mengakibatkan ekonomi berkembang sehingga muncul
bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya, dan Sendai.
50 Bandar-bandar tersebut berkembang menjadi pusat perdagangan.
Perkembangan ini membawa kepada pendapatan berasaskan beras
digantikan dengan pendapatan berasaskan wang.
Sake ialah minuman beralkohol 51 Perubahan tersebut memberikan kedudukan penting kepada pedagang
Jepun yang diperbuat daripada terutama pedagang yang memperdagangkan beras, arang batu, garam,
beras. sake, barang-barang kapas, dan pakaian. Perdagangan ini telah membawa
kepada peningkatan ekonomi para pedagang.
52 Menjelang abad ke-17, muncul ramai pedagang yang cekap dan
berpengalaman dan golongan peminjam wang di bandar-bandar utama
Jepun. Misalnya, Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.
53 Kemunculan saudagar utama seperti Naraya Mozaemon dan Kinokuniya
Bunzaemon yang menawarkan pinjaman kewangan telah menyebabkan
golongan atasan banyak berhutang dengan golongan pedagang.
54 Keadaan tersebut telah menyebabkan golongan pedagang berjaya
mengumpul wang dan harta. Akhirnya, mereka berjaya memperbaiki
status dengan mengikat golongan bangsawan melalui hutang.
1.1.3 Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan
Hasil Pembelajaran
Jepun
Membandingkan ciri-ciri
feudalisme di Eropah dan 1 Persamaan sistem feudal di Eropah dan Jepun menunjukkan bahawa
Asia. sistem feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara
konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah
Ciri masyarakat feudal
Jepun: organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Politik 2 Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang
• Maharaja
• Shogun orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun, feudalisme telah berakar umbi
• Samurai sejak Zaman Kamakura.
Ekonomi
• Tanah 3 Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan
• Shogun kuasai ekonomi bangsawan berada di atas, diikuti oleh tentera dan petani. Hal ini
Sosial membawa kepada kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal
• Mobiliti sosial
• Agama Buddha kuasai atau kurangnya mobiliti sosial. Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak
masyarakat dan pahlawan petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan anak-anak bangsawan
Jepun
akan tetap menjadi golongan bangsawan.
4 Zaman feudal di Eropah dan Jepun juga sering dilanda peperangan.
Apakah persamaan peranan Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai
antara samurai dengan knight? di Jepun mempunyai peranan yang amat penting pada zaman feudal.
20
Bab 01 20 3/27/18 11:33 AM

