Page 23 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 23
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Kedua-duanya berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat
dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry BAB
manakala samurai pula terikat dengan konsep bushido di Jepun. 1
5 Seterusnya, persamaan juga dapat dilihat daripada segi peralatan
peperangan yang digunakan oleh knight dan samurai. Kedua-duanya
menggunakan kuda, pedang, dan baju perisai. Baju perisai Eropah
diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai Jepun
pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight
amat memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang
berat, sedangkan samurai tidak memerlukan bantuan.
6 Bagi golongan bangsawan di Eropah, pembinaan istana daripada batu
amat penting untuk melindungi mereka dan vassal daripada serangan.
Golongan daimyo di Jepun juga membina istana tetapi istana daimyo
diperbuat daripada kayu.
7 Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun terlalu perlahan
berbanding di Eropah. Sistem Kamakura merupakan satu-satunya sistem
feudal yang wujud akibat sistem pemerintahan kerajaan diraja yang telah
uzur dan penerusan bentuk sistem tuan tanah persendirian yang diwarisi
daripada pemerintahan terdahulu.
8 Pada akhir abad ke-16, Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan.
Pada waktu yang sama, Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara
bagnsa kerana kecekapan kuasa pusat dan kecekapan raja-raja Tudor di
England.
9 Namun, Jepun tidak ada raja melainkan jeneral tentera yang menjadi
perancang kesatuan.
10 Kemuncak feudalisme di Jepun dan Eropah tidak stabil tetapi secara
asasnya, kerangka feudal di Jepun kekal sehingga pertengahan abad
ke-19 selepas lama ketinggalan dalam persaingan masyarakat
antarabangsa di Eropah.
11 Perbezaan lain ialah feudalisme Eropah berasal daripada konsep undang- Feudalisme Eropah
undang Rom yang menekankan hak, undang-undang dan kewajipan, menekankan hak, undang-
iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman undang, dan kewajipan.
feudal. Feudalisme Jepun
menekankan aspek moral dan
12 Kebanyakan idea undang-undang tersebut tidak ada dalam zaman feudal dipengaruhi etika China.
Jepun. Zaman feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang
melebihi undang-undang. Hal ini amat jelas menunjukkan kewajipan
peribadi feudal di Jepun lebih menekankan aspek moral berbanding
undang-undang.
13 Ini bermakna kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
Oleh yang demikian, tiada ruang untuk penyerapan konsep hak yang
tidak dapat diubah, iaitu tidak berkongsi kekuasaan dengan badan
perwakilan seperti di Eropah.
14 Perbezaan ketara antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal
di Jepun ialah pemilikan tanah. Golongan knight di Eropah mendapat
tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga
mengawal golongan petani (serf ) yang bekerja di tanah-tanah mereka.
21
Bab 01 21 3/27/18 11:33 AM

