Page 29 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 29
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
bertambah dan para petani mendapat pulangan pendapatan yang
menguntungkan. Pada tahun 1550 hingga tahun 1650, jumlah penduduk BAB
Belanda telah mencapai 2 juta orang (John Merriman, 2004: 250). 1
17 Masyarakat agraria di Belanda juga mengusahakan penternakan binatang.
Penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu.
Belanda menjadi pusat utama penternakan lembu. Lembu-lembu daging
yang diternak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di
selatan. Pengeksportan lembu-lembu yang telah disembelih dan diproses
berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
18 Penternakan lembu membawa kepada perkembangan industri tenusu.
Pengeluaran tenusu dari Holland dan Friesland amat digemari oleh
masyarakat Eropah berbanding negara-negara Eropah yang lain.
Barangan tenusu telah dieksport dengan banyaknya ke England,
Perancis dan Sepanyol. Peningkatan hasil eksport ini mendorong kepada
pembukaan ladang-ladang ternakan di kawasan utara Amsterdam dan
di wilayah Waterland. Baka-baka dari Friesland dan Groningen diambil
bagi mengekalkan hasil tenusu yang berkualiti.
19 Pengkhususan dalam aktiviti penanaman tanaman dagangan telah
membawa kepada perkembangan aktiviti ekonomi industri yang Foto 1.11 Penternakan lembu
berasaskan hasil pertanian. Buktinya, industri tekstil di Belanda pada
awalnya berpusat di Flanders dan Brabant. Di kawasan ini, masyarakat
desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
20 Pada kurun ke-17 pula, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan.
Pada tahun 1630-an, industri tekstil di Leiden telah menolak penggunaan
kain-kain bulu dan memberi tumpuan kepada penggunaan kain-kain
woolen, says, fustians, dan camlets.
21 Keadaan tersebut membawa kepada pertambahan pengeluaran sehingga
meningkat sebanyak 130 000 pada tahun 1660-an. Kemajuan industri
tekstil turut didorong oleh pemasaran kain ke Mediterranean walaupun
mendapat tentangan daripada pengeluar kain di Itali. Selain Leiden,
Haarlem juga menjadi bandar utama pengeluar industri linen. Kain linen
banyak dipasarkan di sekitar Eropah.
22 Aktiviti ekonomi masyaraka agraria di Belanda juga bergantung Foto 1.12 Kegiatan perikanan
kepada hasil laut. Hal ini adalah kerana kawasan Holland dan Zeeland
merupakan kawasan perairan yang kaya dengan ikan dan menjadi
sumber pengeluaran ikan di seluruh Eropah.
23 Dianggarkan sehingga abad ke-17, ramai nelayan Belanda menguasai
Laut Utara hingga ke Selat Inggeris sehingga nelayan-nelayan Belanda
mempunyai kapal yang bersaiz besar. Terdapat kapal yang beratnya Apakah faktor perkembangan
30 tan yang digunakan untuk menangkap ikan. Kapal-kapal ini boleh pesat sektor perikanan di
memuatkan 10 hingga 15 orang anak kapal dalam satu-satu masa Belanda?
(Edmund Birn, 1977: 39).
24 Nelayan-nelayan Belanda akan berada di laut untuk menangkap ikan
selama lapan minggu. Mereka mempunyai bekalan yang mencukupi
untuk tempoh tersebut. lkan-ikan yang ditangkap akan digaramkan dan
disimpan sebelum dibawa ke pelabuhan.
27
Bab 01 27 3/27/18 11:33 AM

