Page 32 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 32
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Galeri Info sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische
BAB Compagine (VOC).
Syarikat Hindia Timur Belanda
1 ditubuhkan pada 20 Mac 49 Berbekalkan modal yang terkumpul sebanyak 6½ juta guilder, Syarikat
1602 apabila Jeneral Belanda Hindia Timur Belanda memulakan perniagaan di Timur. Syarikat
memberikannya hak monopoli Hindia Timur Belanda ditadbir oleh 60 orang lembaga pengarah yang
untuk menjalankan aktiviti mempunyai hubungan rapat dengan parlimen Belanda bagi mengawasi
penjajahan di Asia. Syarikat
ini dianggap syarikat pertama pentadbiran dan kewangan Syarikat Hindia Timur Belanda.
yang menerbitkan saham.
Syarikat ini berpusat di Batawi 50 Penguasaan Belanda ke atas perdagangan rempah di kawasan Kepulauan
dan mempunyai penempatan Rempah telah membuahkan hasil. Penguasaan ini membolehkan Belanda
di Maluku. mengawal sepenuhnya perdagangan import di Eropah.
51 Barangan import seperti lada hitam dari Malabar, Sumatera, dan Jawa,
serta barangan eksotik seperti bunga cengkih, buah pala, kulit kayu
manis, dan bunga lawang yang mendapat sambutan di Eropah berada
di bawah penguasaan sepenuhnya oleh Belanda.
52 Belanda berjaya mengawal perdagangan dari India ke Jepun dan China
ke Filipina. Kini fokus utama Belanda seterusnya ialah ingin meluaskan
perdagangannya ke India Timur dan Eropah.
53 Pada tahun 1690, Syarikat Hindia Timur Belanda memperkenalkan
tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam penanaman rempah.
54 Selain daripada bidang industri perikanan, monopoli perdagangan
Layari laman web berikut seluruh Eropah, negara Belanda yang berada dalam zaman kegemilangan
untuk maklumat tentang
Syarikat Hindia Timur ekonomi telah banyak melahirkan ramai usahawan yang berjaya.
Belanda (VOC): 55 Para usahawan yang berjaya pada awal abad ke-17 telah menceburi
• http://en.wikipedia.
org/wiki/Vereenigde_ perniagaan insurans dan perdagangan mata wang asing. Mereka turut
Oostindische_Compagnie memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria, dan Sepanyol.
56 Misalnya, usahawan Nouis de Geer telah mengusahakan perusahaan
senjata di negara Sweden. Malah, ada juga usahawan Belanda yang telah
memonopoli perdagangan eksport di negara Rusia.
INFO
57 Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya dalam kalangan
perbankan di Eropah. Antara tahun 1611 dan tahun 1701, deposit Bank
Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin.
58 Perkembangan perdagangan luar negara, industri, dan pertanian
di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempatan
berdagang di Amsterdam pada tahun 1609.
59 Pengukuhan perdagangan dan penggunaan mata wang sebagai medium
urusan perdagangan telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di
Amsterdam.
60 Sebelum ini, urusan jual beli menggunakan emas, perak, atau barangan
mewah lain yang membahayakan keselamatan pedagang semasa dalam
perjalanan sehingga terpaksa mendapatkan nilai barangan tersebut
sebelum urusan jual beli dilakukan.
61 Misalnya, kemudahan urus niaga menggunakan mata wang membolehkan
barangan sabun dari Marseille dibeli dengan kuantiti yang dikehendaki
dan dibayar dengan mata wang Belanda, iaitu guilders.
30
Bab 01 30 3/27/18 11:33 AM

