Page 33 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 33
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
62 Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan Pada awal abad ke-17,
urusan perdagangan. Penubuhan Bank Amsterdam telah memudahkan kerajaan Belanda telah BAB
lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan menaik taraf pelabuhan 1
Amsterdam:
jangka panjang. Keadaan tersebut turut meningkatkan keupayaan • Pembinaan tiga terusan yang
pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. besar telah meluaskan serta
mendalamkan pelabuhan
63 Perkembangan ini telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan Amsterdam kepada empat
kepada pekerja tempatan dan ekonomi Belanda pada abad ke-17 kali ganda.
mencapai zaman kegemilangannya. • Lebih banyak kapal
pedagang dapat menyusuri
sehingga ke pelabuhan.
64 Pada akhir abad ke-17, kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan • Gudang tempat
Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh 12 tahun. Apabila penyimpanan barang
peperangan berlaku antara England dan Perancis pada tahun 1672, dagangan disediakan.
Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah. • Pembinaan kompleks
perniagaan yang dilengkapi
65 Namun, awal abad ke-18, menyaksikan kejatuhan Belanda dalam dengan kemudahan
ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara Eropah perniagaan, perbankan, dan
rumah tumpangan.
yang lain seperti England. • Pelabuhan Amsterdam dapat
dihubungi dengan jalan
1.2.2 Masyarakat Agraria di China darat yang menghubungkan
pedagang tempatan yang
membawa hasil barangan
1 Negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar dari pelbagai wilayah dan
di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 596 960 kilometer persegi melalui terusan sepanjang
500 batu.
atau 3 599 975 batu persegi.
2 Namun demikian, dua pertiga daripada kawasan China merupakan ’15
kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan
tertinggi ialah Dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau
13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu
Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklimakan.
3 Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai
untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Namun, China
masih mampu untuk menampung makanan penduduknya dan mampu Iklim yang sesuai dan tanah
yang subur menggalakkan
mengeksport makanan ke luar negara. sektor pertanian di negara
China.
4 Hal ini adalah kerana sebahagian besar kawasan negara China terletak
dalam kawasan hawa sederhana dengan terdapat perubahan iklim
seperti dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Iklim yang bersesuaian
ini membolehkan China memberi tumpuan kepada penanaman pelbagai
jenis tanaman.
Dapatkan maklumat lanjut
5 Semasa era pemerintahan Dinasti Ming dan Dinasti Qing, China masih tentang Dinasti di China di
berada dalam masyarakat agraria. Tumpuan petempatan masyarakat laman web berikut:
agraria di China pada zaman ini hampir 85 peratus menetap di desa. • http://en.wikipedia.
org/wiki/Dynasties_in_
6 Tumpuan petempatan masyarakat agraria antara kawasan timur laut Chinese_history
China dengan Mongolia, iaitu dataran loes yang subur yang dilalui oleh
Sungai Kuning.
7 Di sebelah selatan Sungai Kuning pula terletak kawasan tengah yang
luas dan terdapat Sungai Yangtze, iaitu sungai terbesar di China. Sungai- INFO
sungai tersebut memberi banyak sumbangan kepada masyarakat agraria
dan mempengaruhi kehidupan masyarakat China.
31
Bab 01 31 3/27/18 11:33 AM

