Page 34 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 34

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                       8  Masyarakat agraria di China mengamalkan pemilikan tanah yang
        BAB                               diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan tanah. Tanah
                                          ialah satu kurniaan daripada maharaja kepada golongan pembesar atau
       1
                                          tuan tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan satu asset
                                          berharga dalam masyarakat China.
                                       9  Oleh itu, penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah
                                          yang diusahakan akan menambah keuntungan golongan pembesar dan
           Apakah kesan peningkatan       tuan-tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja China.
           dalam hasil pertanian?
                                      10  Pengamalan sistem  ekonomi feudal  oleh  masyarakat agraria telah
                                          menyebabkan masyarakat China menjalankan aktiviti pertanian. Aktiviti
                                          pertanian ini dijalankan secara bersama dan tidak mengutamakan hak
                                          individu. Tanah pertanian diusahakan dari satu generasi ke satu generasi.
                                      11  Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah padi sawah.
                                          Penanaman padi sawah ini banyak dijalankan di kawasan lembah Sungai
                                          Yangtze dan Sungai Kuning.
                                      12  Tanaman lain yang diusahakan juga ialah kapas, tebu, teh, gandum,
                                          barli, sekoi, dan bijirin. Tanaman gandum ditanam secara meluas di
                                          wilayah Shantung, Kansu, Shensi, dan bahagian utara Anhui dan Hupeh.
                                          Manakala, tanaman barli dan oat ditanam di bahagian lain di China.
                                      13  Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di
                                          bahagian utara China, di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka menanam
             Foto 1.15 Penanaman padi     padi huma, sekoi dan kekacang. Kepelbagaian tanaman ini adalah
                                          memperlihatkan kesuburan tanah dalam negara China dan mempunyai
                                          banyak kekayaan semula jadi.
                                      14  Walaupun  negara  China  subur  dan  masyarakat  agrarianya  cekap
                                          menguruskan hasil pertanian, tetapi masyarakat petaninya hidup dalam
                                          kemiskinan.
                                      15  Petani hanya dapat menyara kehidupannya sahaja, dapat membeli
                                          benih, menggantikan alat perkakas, mengadakan majlis perkahwinan
                                          dan belanja kematian, menderma kepada panggung penglipur lara di
                                          kampungnya dan menyertai jamuan yang diadakan sekali-sekala.
               Petua Pemeriksa        16  Petani tidak dapat menyimpan stok untuk menghadapi saat-saat
                                          kecemasan seperti kemarau atau banjir atau hasil pertaniannya tidak
            Pelajar harus mengetahui
            ciri-ciri pertanian dan       subur. Oleh itu, masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi
            aktiviti ekonomi lain dalam   kebuluran dan penderitaan.
            masyarakat di China.
                                      17  Mereka akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan
                                          mencari hasil hutan, menjual anak-anak perempuan untuk dijadikan
                                          hamba. (Harold M Vinacke, 1986:11)
                                      18  Rumah petani berdindingkan tanah liat dan berbumbungkan rumput,
                                          di dalamnya tidak ada tempat berdiang (alat pemanas), pakaian mereka
                                          diperbuat daripada kain benang kapas, makanan yang ada hanyalah
                                          cukup untuk menampung kehidupan seharian sahaja. Masa lapang yang
                                          ada dipenuhi dengan mengadakan jamuan makan dan berjudi.
                                      19  Zaman dinasti Ming memperlihatkan satu pembaharuan dalam
                                          hubungan luar negara China dengan negara luar. Pada zaman Dinasti
                                          Ming, pelayar-pelayar China telah memulakan pelayaran ke pesisir pantai


            32






      Bab 01   32                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39