Page 35 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 35
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan pesisir pantai
timur Afrika. BAB
20 Hubungan dengan negara luar ini telah meningkatkan perdagangan 1
China dan membawa pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di Apakah kesan hubungan yang
pelabuhan Canton. terjalin antara negara China
21 Pelabuhan Canton menjadi tempat persinggahan pelbagai bangsa dengan negara-negara luar?
pedagang asing, contohnya pedagang dari Asia Tenggara, Arab,
dan Eropah. Kepelbagaian negara para pedagang yang datang ini
membolehkan China menerima banyak aspek-aspek lain dari tamadun
luar. Keterbukaan pemerintah era dinasti Ming ini telah membawa
banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini sudah
tentunya akan meningkatkan ekonomi negara China.
22 Kesannya telah memperlihatkan pencapaian kemakmuran dan kekayaan
dalam pertambahan penduduk dan dalam bidang pertanian di China.
Pertambahan penduduk berlaku pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti
Ch’ing. Bilangan penduduk meningkat daripada 70 juta kepada 80 juta
orang dari tahun 1390 dan meningkat kepada 300 juta orang pada akhir
abad ke-18.
23 Dinasti Ming telah memperlihatkan pelbagai pembaharuan dilakukan
untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Antaranya:
(a) Meningkatkan penggunaan sistem pengairan.
(b) Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
(c) Menggunakan peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah.
(d) Menggunakan kaedah tanaman bergilir dalam skala yang besar.
(e) Memperkenalkan permulaan tanaman-tanaman dua musim yang
dipinjam dari Vietnam Selatan.
(f) Penggunaan baja yang meningkatkan hasil pengeluaran.
24 Penanaman padi jenis baru yang cepat masak dibawa dari Vietnam
Selatan telah membolehkan tanaman padi dilakukan dua kali setahun
dalam semusim di tanah yang sama. Tambahan pula, padi ini tidak Dapatkan maklumat lanjut
tentang tanaman padi di
memerlukan banyak air semasa musim semaian dan membolehkan padi laman web berikut:
baka baru ini ditanam di kawasan yang berbukit di China. • http://en.wikipedia.org/
wiki/Paddy_field
25 Hal ini menjadikan kawasan pertanian bertambah di selatan China.
Kemampuan pengeluaran makanan dalam sektor pertanian di China
telah bertambah berlipat kali ganda dan penduduk China di luar bandar
serta pemilik tanah juga turut bertambah kerana dapat memenuhi INFO
keperluan makanan penduduk China.
26 Tanaman makanan dari Asia Barat turut diperkenalkan sebagai tanaman
baru dalam masyarakat agraria di China. Antaranya, kekacang, ubi
kentang manis, barli, dan jagung. Pengenalan tanaman tersebut turut
mempengaruhi pertambahan pengeluaran pertanian dalam masyarakat
agraria.
27 Dasar maharaja China yang memberi keutamaan dalam bidang pertanian
telah membantu peningkatan hasil tanaman. Maharaja menguatkuasakan Nyatakan tindakan yang
pungutan cukai tanah yang amat rendah kepada petani, iaitu hanya 1 diambil oleh maharaja China
daripada 30 pengeluaran pertanian dikenakan cukai dan seterusnya untuk meningkatkan hasil
berkurang kepada 1 daripada 50 hasil pertanian yang dikenakan cukai. pengeluaran pertanian.
33
Bab 01 33 3/27/18 11:33 AM

