Page 37 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 37

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
              40  Masyarakat China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran
                  barangan mengikut kawasan atau daerah. Misalnya:                                          BAB
                  (a)  Pengeluaran tebu di Kwangtung, Fukien, dan Szechwan.                                1
                  (b)  Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang
                      dan selatan Kiangsu.
                  (c)  Kapas di Kiangsu dan daerah utara.
                  (d)  Kawasan perlombongan di Yunnan.
                  (e)  Hasil hutan seperti kayu balak di Manchuria.
              41  Kesemua hasil tersebut dijual ke daerah-daerah lain untuk tujuan   Ciri masyarakat Agraria di
                  perusahaan. Misalnya, petani di Kiangnan mengusahakan perusahaan   China:
                  kain sutera, kain kapas, dan pakaian yang dipasarkan ke seluruh China.   Kegiatan ekonomi
                                                                                 •  Tanaman padi, gandum,
                  Malahan, kawasan utara China bergantung kepada kain kapas dari   millet, kaoling, barli dan oat.
                  Kiangnan.                                                      Penempatan (lokasi)
                                                                                 •  Mendirikan penempatan di
              42  Pertukaran atau pemasaran barangan antara daerah-daerah di China ini   kawasan lembah sungai.
                  telah membawa kepada perkembangan perusahaan di China. Misalnya,   •  Kawasan tumpuan ialah
                  wilayah Kiangsu, Chekiang, Anhwei, Kiangsi, Fukein, Kwangtung, Shansi,   lembah sungai.
                  Chihli, dan Honan mengeluarkan barang dan memasarkan ke daerah   •  Kawasan tumpuan ialah
                                                                                   lembah Sungai Kuning dan
                  Manchuria, Shensi, Kansu, Hupei, Hunan, Kwangsi, Szechwan, Yunnan,   Sungai Yang Tze.
                  Kweichow, Taiwan, Singkiang dan Tibet.                         Sistem pengairan (kemajuan
                                                                                 teknologi)
              43  Pada zaman Dinasti Ch’ing, wilayah Kiangsu dan Chekiang telah   •  Kemahiran dalam teknologi
                  mengimport padi dari Anhwei, Hunan, Kiangsi, dan Szechwan.       pengairan, membina teres
                                                                                   di lereng-lereng bukit
              44  Selain pertanian, masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan   dan menggunakan pam
                  pertukangan. Perusahaan pertukangan dijalankan secara perkongsian   yang digerakkan dengan
                  antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka tidak mengetahui   menggunakan tenaga
                                                                                   binatang.
                  cara perkongsian modal bersama atau joint stock.               Kesuburan tanah
                                                                                 •  Mempunyai pengetahuan
              45  Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan.   memelihara kesuburan tanah
                  Tanggungjawab ini dikuatkan lagi dengan tanggungjawab keluarga   pertanian.
                  yang biasa diamalkan terhadap ahli-ahlinya. Dengan ini, akan dapat   •  Penggunaan baja secara
                                                                                   meluas.
                  memastikan semua ahli keluarga menjalankan perusahaan pertukangan   Peningkatan teknologi
                  secara bersama untuk mendapat pulangan lumayan dan mendatangkan   •  Kemahiran dalam teknologi
                  keuntungan.                                                      pertanian dengan mencipta
                                                                                   peralatan baru seperti
              46  Seluruh perusahaan di China bergabung mengikut wilayah untuk           tenggala penabur benih,
                  menjadi satu kesatuan peniaga atau persatuan dagang. Antara yang   penyisir tanah, penggiling
                  menyertai persatuan dagang ini ialah kesatuan peniaga, kesatuan   dan kolar kuda.
                  penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan
                  peniaga emas.
              47  Pertubuhan persatuan peniaga ini mengandungi seorang yang dipertua,
                  satu jawatankuasa  yang dipilih semasa persidangan tahunan, dan
                  seorang setiausaha yang biasanya diambil dari golongan sasterawan dan   Nyatakan fungsi pertubuhan
                  mempunyai ijazah. Persatuan dagang ini akan mengawal harga barangan,   persatuan peniaga.
                  menetapkan nilai barangan, serta menyelesaikan sebarang pertikaian
                  antara ahli-ahli persatuan (Harold M. Vinacke, 1986: 17).
              48  Masyarakat China yang mengutamakan pertanian sebagai tulang belakang
                  ekonomi negara telah memandang status ekonomi perdagangan sebagai
                  lapisan yang rendah dalam bidang ekonomi. Para pedagang dipandang
                  hina walaupun memberi pulangan yang banyak kepada negara China.



                                                                                                     35






      Bab 01   35                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42