Page 36 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 36

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                      28  Walaupun pengurangan cukai tersebut mengurangkan perbendaharaan
        BAB                               negara, namun berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.
                                          Pertambahan hasil pengeluaran ini membolehkan hasil pertanian
       1
                                          dipasarkan secara komersial di China.
                                      29  Pertambahan hasil pengeluaran dalam kalangan petani telah membolehkan
                                          para petani membaiki taraf hidup mereka dan membolehkan banyak
                                          pasar-pasar dibuka dalam kawasan perkampungan dan mereka
                                          menjalankan aktiviti perniagaan secara sistem barter atau pertukaran
                                          barangan keperluan.
                                      30  Seterusnya, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan
                                          barangan hasil pertanian ini dijual di bandar-bandar besar oleh tuan-
                                          tuan tanah. Malahan, terdapat orang tengah yang membeli secara pukal
                                          dan menjual hasil pertanian ini di bandar-bandar besar di China.
                                      31  Pusat-pusat bandar seperti  Nanjing dan Beijing turut menyumbang
                                          kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri berskala kecil
                                          seperti pengeluaran kertas, sutera, kapas, dan porselin.
                                      32  Industri porselin berkembang sehingga zaman pemerintahan Maharaja
                                          Zhu Yuan Zhang. Industri ini memberi sumbangan besar dalam
                                          perbendaharaan negara. Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran
                                          porselin yang utama.
                                      33  Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam
           Soochow muncul sebagai
           pusat industri tekstil dan     sektor pertanian dan pembangunan negara China. Usaha pertukaran
           Sungkiang menjadi pusat        dengan negara luar juga mencapai perkembangan yang pesat sehingga
           pengeluaran kain kapas. Kapas   mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Lautan Hindi, Afrika Timur
           menjadi tanaman penting
           dalam Dinasti Ming.            dan negara-negara Asia.
                                      34  Pentadbiran kerajaan mengambil peranan utama dalam urusan ekonomi
                                          masyarakat agraria. Kerajaan akan dibantu oleh golongan bangsawan
                                          dan golongan bangsawan akan menjadi penguasa kawasan luar bandar
                                          dan para petani.
                                      35  Seterusnya, golongan bangsawan menjadi perwakilan dalam kerajaan
                                          pusat dan menyelia kerja-kerja awam, pendidikan, dan mengatur tentera
                                          tempatan. Hal ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat agraria,
                                          hubungan antara raja dengan rakyat adalah penting kerana ekonomi
                                          dikawal oleh raja.
                                      36  Pertanian  dalam era pemerintahan Dinasti Ch’ing (1644 – 1911)
                                          memperlihatkan bahawa kerajaan membiarkan ekonomi berada dalam
                                          tangan golongan bangsawan. Ladang-ladang pemilik tanah China
                                          tidak disentuh oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan hanya
                                          mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal
                                          kaum petani.
                                      37  Era pemerintahan Kang-hsi menunjukkan berlakunya pemulihan
                                          ekonomi dan pertambahan dalam hasil pengeluaran pertanian.
                                      38  Malahan, kemakmuran ekonomi diperlihatkan dengan pertambahan
            Foto 1.16 Maharaja Kang-hsi   penduduk kepada 241 juta pada tahun 1778. Penggunaan tanah yang
                                          diusahakan untuk tujuan pertanian juga turut meningkat.
                                      39  Buktinya, pada tahun 1661, jumlah penggunaan tanah adalah sebanyak
                                          549 juta ekar (mu), meningkat kepada 724 juta mu pada tahun 1725,
                                          dan seterusnya kepada 781 juta mu pada tahun 1766.


            34






      Bab 01   34                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41