Page 38 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 38
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
49 Aktiviti perdagangan di China berjalan lancar dengan adanya sistem
BAB pengangkutan yang baik. China menggunakan sungai sebagai jalan
perhubungan yang utama.
1 Layari laman web berikut (a) Sungai Yangtze yang boleh dilalui kapal sejauh seribu batu dari kuala
untuk maklumat lanjut
tentang Sungai Yangtze: telah membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan
• http://en.wikipedia.org/ tengah.
wiki/Yangtze (b) Sungai-sungai barat membolehkan perdagangan dijalankan di
selatan.
(c) Sungai Peiho dan Sungai Kuning memudahkan perhubungan timur
dan barat di sebelah utara.
INFO
50 Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan penggunaan terusan.
• http://www.chinahighlights.
com/yangtzeriver/ (a) Pembinaan Terusan Besar yang menganjur dari Peking di sebelah
utara ke Hangchow, di selatan Sungai Yangtze.
(b) Di bahagian tengah dan selatan China, khasnya di wilayah-wilayah
timur, banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari
INFO satu kawasan ke kawasan yang lain.
51 Sistem perhubungan darat masih primitif di China. Jalinan jalan raya yang
ada usang dan ada kawasan yang tiada jalinan jalan raya. Masyarakatnya
masih mengunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utama di
bahagian utara.
52 Di wilayah tengah dan selatan, yang ada hanyalah lorong-lorong kecil
di tengah-tengah kawasan padi. Di dataran utara dan bahagian tengah
China pula menggunakan kereta sorong untuk mengangkut barang-
barang dan kadang-kala mengangkut penduduknya.
53 Di bahagian selatan pula hanya menggunakan tenaga manusia dalam
mengangkut barang-barang. Nyata bahawa pengangkutan darat di China
sangat mundur dan kerajaan China hanya memberi tumpuan kepada
sistem pengangkutan air sebagai jalan utama perdagangan di China.
Foto 1.17 Sistem jalan air di
China 54 Kekayaan China dalam hasil perlombongan seperti arang batu, besi,
tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni, dan perak telah menarik
minat pedagang dari Barat. Barangan tembikar buatan China mendapat
permintaan yang tinggi di negara Eropah pada abad ke-16 dan abad ke-17.
55 Oleh itu, perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan
dalam negara dan kawasan Asia yang lain, malah China telah membuka
Galeri Info
pintu negaranya kepada pedagang dari Barat.
Tome Pires dilahirkan
pada tahun 1468. Beliau 56 Hubungan perdagangan dengan Barat diperlihatkan pada abad ke-16.
merupakan penulis Suma Pedagang dari Portugal, Sepanyol, dan Belanda telah diterima berdagang
Oriental (Dunia Timur), yang di China. Sejarah hubungan dengan Portugis:
merupakan tulisan terawal
tentang dunia Timur. Beliau (a) Bermula dengan pelayaran Rafeal Perestrello pada tahun 1516.
dilantik sebagai duta Portugal (b) Seterusnya, Tom Pires dihantar oleh kerajaan Portugal bagi
ke negara China. Namun, menjalinkan hubungan dengan China.
beliau telah dipenjarakan di
Kiangsu atas tindakan dan (c) Kerajaan Ming mengarahkan urusan perdagangan Portugal dipantau
idea pemikirannya. Beliau dengan ketat oleh pembesar China.
meninggal dunia pada tahun
1540 semasa dalam tahanan (d) Pada tahun 1532, pedagang Portugal hanya dibenarkan berdagang
di China. di Macau dan dibenarkan memasuki Canton pada hari-hari tertentu
sahaja.
36
Bab 01 36 3/27/18 11:33 AM

