Page 39 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 39
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(e) Hubungan perdagangan antara China dan Portugal membolehkan
China mendapatkan barangan perak dari Portugal. Portugal pula BAB
membeli sutera China untuk dibawa ke Eropah.
1
57 Sepanyol sampai ke China pada tahun 1575 dan diikuti oleh Belanda
pada tahun 1604. Belanda yang telah bermusuh dengan Sepanyol sejak
di Eropah telah membawa permasalahan tersebut ke China. Pertikaian
antara Belanda dengan Sepanyol telah menyebabkan peperangan di
Taiwan dan berakhir dengan kejayaan Belanda.
58 Rusia pula menggunakan jalan darat dari Siberia untuk sampai ke China.
Pada tahun 1654, Rusia telah menghantar wakilnya ke Peking untuk
menjalinkan hubungan dengan China.
59 Pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 di bawah John
Weddel. Keterbukaan hubungan perdagangan dengan pedagang-
pedagang Barat ini telah membawa kepada pengaliran keluar mata
wang perak China dan menyebabkan China di ambang inflasi kerana
ketidakstabilan pengaliran mata wang perak. Keadaan ini menyebabkan
ketidakstabilan ekonomi melanda China dan menjadi faktor kejatuhan
Dinasti Ming.
60 Pada zaman Dinasti Ch’ing, China mengamalkan konsep pengasingan Dinasti Ch’ing mengamalkan
dan melarang perdagangan dijalankan secara bebas dan aktif di dasar tutup pintu dan
China. Dinasti Ch’ing telah mengamalkan dasar tutup pintu terhadap hanya membenarkan urusan
perdagangan dan hanya membuka sedikit ruang sahaja untuk aktiviti perdagangan dengan kuasa
Barat dilakukan di Canton
perdagangan. sahaja.
61 Tambahan pula, masyarakat China menganggap perdagangan sebagai
pekerjaan yang paling hina di China. Hal ini pernah disebut oleh
Confucius yang menekankan bahawa pedagang sebagai golongan yang
tidak menghasilkan barangan tetapi lebih kepada memeras ugut golongan
petani sahaja.
62 Pengamalan dasar tutup pintu ini juga adalah kerana pemerintah Dinasti
Ch’ing tidak mahu menerima ancaman dari golongan penentang yang
menyokong Dinasti Ming. Mereka bimbang jika pelabuhan dibuka, pihak
penentang akan meminta bantuan daripada kuasa Barat.
63 Pada masa yang sama, pedagang-pedagang Barat tidak berpuas hati
kerana urusan perdagangan hanya boleh dilakukan di Canton sahaja. Bagi
pedagang Barat, apa yang dilakukan oleh kerajaan China ini bertentangan
dengan amalan prinsip perdagangan bebas yang diagungkan oleh Barat.
64 Pedagang Barat juga menentang campur tangan kerajaan China yang
mengenakan tarif, peraturan monopoli, dan pembentukan persatuan
perdagangan.
65 Pada tahun 1793, British menghantar Lord Macartney ke China untuk
mengadakan rundingan dengan kerajaan China. Namun, Lord Macartney
gagal mendapatkan konsep persamaan taraf dalam perdagangan dengan
China. Perbezaan pandangan perdagangan antara China dengan British
telah membawa kepada Perang Candu I yang berlaku pada tahun 1839
hingga tahun 1842. Foto 1.18 Lord Macartney
37
Bab 01 37 3/27/18 11:33 AM

