Page 23 - Hybrid PBD Sains TG1_Edisi Guru
P. 23
Cadangan PdPc
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan 3 orang ahli. Murid dalam kumpulan dilabel dengan nombor.
2. Murid dikumpulkan mengikut nombor masing-masing.
3. Guru memberi tugasan mengikut kumpulan:
• Definisi kemandulan, jelaskan punca kemandulan bagi lelaki dan perempuan
• Jelaskan kaedah-kaedah mengatasi kemandulan
• Jelaskan kaedah-kaedah pencegahan kehamilan
4. Dalam kumpulan, murid perlu mempelajari, memahami dan membincangkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan.
5. Setelah tamat tempoh perbincangan, murid kembali ke kumpulan utama untuk berkongsi maklumat yang diperolehi.
6. Murid melengkapkan aktiviti No. 1 – 2.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
4.7 Pembiakan Tumbuhan 4.7.1 Berkomunikasi mengenai struktur dan fungsi setiap
bahagian bunga S1 TP1, 2 52 – 53
Buku Teks
m.s 119 – 120
BBM PAK-21 KBAT
Bunga, skalpel dan kanta pembesar Inkuiri penemuan Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Menyedari sains salah satu cara
Sains dan Teknologi Peta buih
memahami alam
Cadangan PdPc
1. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing. Seorang murid diminta keluar dan mencari 3 kuntum bunga berbeza yang ada di
persekitaran sekolah.
2. Guru menyediakan skalpel dan kanta pembesar untuk semua kumpulan.
3. Murid diminta membuat keratan rentas bunga.
4. Murid diminta melukis dan melabel struktur bunga dan mencari fungsi setiapnya.
5. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing di papan kenyataan makmal.
6. Murid melengkapkan aktiviti No. 1.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Soalan dan Tahap Halaman
Penguasaan (TP)
4.7 Pembiakan Tumbuhan 4.7.2 Mewajarkan proses pendebungaan TP1, 3,
S2 53 – 54
Buku Teks 4, 5
m.s 121 – 125
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Role Play Mencipta
EMK i-THINK Nilai Murni
Menyedari sains salah satu cara
Bahasa Peta buih berganda
memahami alam
Cadangan PdPc
1. Guru memilih 5 orang murid secara rawak dan meminta mereka memainkan peranan untuk melakonkan satu sketsa yang dapat
menerangkan proses pendebungaan kacuk dan pendebungaan sendiri.
Murid 1: sebagai agen pendebungaan / lebah
Murid 2: sebagai bunga 1
Murid 3: sebagai bunga 2
Murid 4: sebagai pokok 1
Murid 5: sebagai pokok 2
2. Guru memilih seorang murid umtuk menerangkan sketsa yang dilakonkan oleh rakan mereka yang terpilih tadi.
3. Melalui pemerhatian terhadap lakonan sketsa tadi, murid diminta membanding dan membezakan pendebungaan kacuk dan pendebungaan
sendiri menggunakan peta i-Think yang sesuai dan hasil kerja murid dipamerkan di papan kenyataan.
4. Murid melengkapkan aktiviti No. 2.
EG 14
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. BAB 4
BM Bab 4.indd 14 30/07/2021 9:06 AM

