Page 29 - Hybrid PBD Sains TG1_Edisi Guru
P. 29

Cadangan PdPc
                1.  Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan dan diberikan radas eksperimen berdasarkan kaedah pengasingan campuran yang diberi.
                2.  Murid diminta mencari maklumat berkaitan kaedah pengasingan campuran dan menulis satu nota ringkas tetapi mudah difahami
                  berkaitan kaedah tersebut di atas whiteboard mini.
                   •  Kumpulan 1: kaedah penurasan
                   •  Kumpulan 2: kaedah penyulingan
                   •  Kumpulan 3: kaedah menggunakan magnet
                   •  Kumpulan 4: kaedah pengenapan
                   •  Kumpulan 5: kaedah pengapungan
                   •  Kumpulan 6: kaedah kromatografi
                   •  Kumpulan 7: kaedah penapisan
                3.  Wakil kumpulan kemudiannya memilih salah satu daripada 7 campuran yang ada di atas meja guru yang boleh diasingkan mengikut
                  kaedah pengasingan yang mereka bincangkan.
                4.  Murid diminta mengasingkan campuran yang dipilih tadi.
                5.  Murid membincangkan dapatan aktiviti dan membuat rumusan.
                6.  Murid kemudiannya menjalankan aktiviti Three Stray, One Stay. 3 ahli kumpulan pergi ke meja kumpulan lain untuk mendapatkan
                  maklumat tentang 6 kaedah yang lain manakala seorang murid tinggal di meja untuk menerangkan kaedah mereka kepada ahli kumpulan
                  lain yang datang.
                7.  3 murid yang mencari maklumat kembali ke kumpulan masing-masing dan berkongsi maklumat dengan rakan yang tinggal.
                8.  Murid melengkapkan aktiviti No. 1 – 3.
                Panduan RPH
                                                                                         Soalan dan Tahap
               Standard Kandungan (SK)             Standard Pembelajaran (SP)                              Halaman
                                                                                         Penguasaan (TP)
               6.2  Campuran           6.2.2  Menyelesaikan masalah untuk mengasingkan
                                             campuran melalui aktiviti berdasarkan perbezaan   S4  TP6     80 – 81
                 Buku Teks
                m.s 176 – 184                ciri bahan dengan kaedah fizikal
                             BBM                             PAK-21                            KBAT
                    Buku teks, radas dan bahan                PBL                             Mencipta
                             EMK                             i-THINK                         Nilai Murni
                                                                                    Menyedari sains salah satu cara
                       Kreativiti dan inovasi                  –
                                                                                           memahami alam
                Cadangan PdPc
                1.  Guru memberi tugasan projek kepada murid – penghasilan minyak wangi melalui campuran tumbuh-tumbuhan.
                2.  Murid mengenal pasti tumbuh-tumbuhan yang selamat untuk diekstrak.
                3.  Murid menjalankan kaedah pengasingan campuran untuk mendapatkan cecair daripada tumbuh-tumbuhan tersebut.
                4.  Kaedah penghasilan minyak wangi dibentangkan di dalam kelas dalam bentuk Microsoft PowerPoint.
                Panduan RPH
                                                                                         Soalan dan Tahap
               Standard Kandungan (SK)             Standard Pembelajaran (SP)                              Halaman
                                                                                         Penguasaan (TP)
               6.3  Sebatian           6.3.1  Berkomunikasi mengenai sebatian dalam kehidupan   S1  TP1
                                             harian                                                          81
                Buku Teks                                                                  S2      TP1
                 m.s 185
                             BBM                             PAK-21                            KBAT
                           Buku teks                      Pembentangan                      Mengaplikasi
                             EMK                             i-THINK                         Nilai Murni
                                                                                    Menyedari sains salah satu cara
                             TMK                               –
                                                                                           memahami alam
                Cadangan PdPc
                1.  Guru memberi tugasan kepada murid:
                   •   Contoh-contoh sebatian yang boleh dilihat dalam kehidupan harian
                   •  Kegunaan sebatian-sebatian tersebut
                2.  Secara berkumpulan, murid mencari maklumat, berbincang dan membentangkannya dalam bentuk Microsoft PowerPoint.
                3.  Hasil perbincangan dibentangkan di dalam kelas.
                4.  Murid melengkapkan aktiviti No. 1 – 2.









                                                             EG 20
              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                                                                   BAB 6





         BM Bab 6.indd   20                                                                                       30/07/2021   9:06 AM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34