Page 33 - Hybrid PBD Sains TG1_Edisi Guru
P. 33
Cadangan PdPc
1. Guru menjemput seorang penceramah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberikan ceramah berkaitan kebakaran, jenis-
jenis pemadam api dan cara mengendalikannya serta cara-cara mengelakkan kebakaran.
2. Murid mendengar ceramah dan mencatat isi-isi penting yang disampaikan.
3. Murid kemudiannya diminta menghasilkan satu risalah yang menerangkan tentang kebakaran, jenis-jenis pemadam api dan cara
mengendalikannya serta cara-cara mengelakkan kebakaran.
4. Risalah tersebut kemudiannya akan dipamerkan di sudut hasil kerja murid di kelas masing-masing.
5. Murid melengkapkan aktiviti No. 4.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
7.2 Pembakaran 7.2.3 Mengamalkan sikap berjaga-jaga bagi mengelakkan
berlakunya kebakaran yang boleh mengakibatkan S5 TP2, 3 93
Buku Teks
m.s 207 kemusnahan nyawa dan harta benda
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, kertas lukisan, warna Poster Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Bahasa – Menghargai sumbangan sains
Cadangan PdPc
1. Guru memberi tugasan poster kepada murid dengan tajuk:
‘Punca kebakaran dan langkah pencegahan kebakaran’.
2. Secara individu, murid mencari maklumat berkaitan dengan poster.
3. Murid melukis dan menyiapkan poster.
4. Poster tersebut kemudiannya akan dipamerkan di sudut hasil kerja murid di kelas masing-masing.
5. Murid melengkapkan aktiviti No. 5.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
7.3 Pencemaran Udara 7.3.1 Mentakrifkan maksud pencemaran udara dan bahan S1 TP1
pencemar udara
Buku Teks S2 TP2
m.s 208 – 211 7.3.2 Berkomunikasi mengenai bahan pencemar udara
dan puncanya S3 TP2 94 – 95
7.3.3 Mewajarkan langkah untuk mencegah dan
mengawal pencemaran udara
7.3.4 Menyelesaikan masalah kesan buruk akibat S4 TP3, 4, 5
pencemaran udara
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, kertas lukisan, warna PBL Menganalisis, menilai
EMK i-THINK Nilai Murni
Menghargai kehidupan yang bersih dan
Bahasa –
sihat
Cadangan PdPc
1. Guru mengutarakan permasalahan kepada murid:
‘Bilangan peningkatan kenderaan menunjukkan peningkatan ekonomi negara. Walaupun hal ini menunjukkan kesan positif tetapi hal
ini juga memberi kesan negatif kepada persekitaran. Apakah penyebab kepada pencemaran udara dan kesannya terhadap persekitaran?’
2. Dalam kumpulan, murid perlu:
• Memilih kawasan kajian
• Mengenal pasti punca pencemaran udara dan bahan pencemar
• Mengenal pasti kesan pencemaran udara terhadap hidupan dan persekitaran
• Menyenaraikan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan pencemaran udara
3. Murid membentangkan dapatan kajian dalam bentuk ‘Big Book’ di dalam kelas.
4. Murid melengkapkan aktiviti No. 1 – 4.
EG 24
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. BAB 7
BM Bab 7.indd 24 30/07/2021 9:06 AM

