Page 30 - Hybrid PBD Sains TG1_Edisi Guru
P. 30
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
6.3 Sebatian 6.3.2 Menunjukkan cara pembentukan sebatian daripada
logam dan bukan logam TP2, 3,
Buku Teks S3 81 – 82
m.s 186 – 187 6.3.3 Merumuskan bahawa jisim diabadikan 4, 5
semasa perubahan kimia
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, radas dan bahan Inkuiri penemuan Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Nilai murni – Sistematik
Cadangan PdPc
1. Guru menerangkan langkah-langkah menjalankan aktiviti pemanasan logam dan bukan logam untuk menghasilkan sebatian.
2. Murid menjalankan aktiviti secara berpasangan.
3. Sebelum memulakan pemanasan, murid merekod warna campuran dan menimbang jisim campuran.
4. Selepas pemanasan, murid merekodkan warna sebatian dan menimbang jisim akhir sebatian.
5. Murid berbincang keputusan yang diperolehi dan membuat kesimpulan.
6. Murid melengkapkan aktiviti No. 3.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
6.3 Sebatian 6.3.4 Mengasingkan sebatian melalui kaedah
kimia S4 TP1, 2, 4 82 – 83
Buku Teks
m.s 187
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Think-Pair-Share Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Bahasa – Menghargai sumbangan sains
Cadangan PdPc
1. Guru menyoal murid seluruh kelas:
• Apakah proses elektrolisis?
• Bagaimanakah proses elektrolisis dapat menguraikan air kepada unsur-unsurnya?
2. Murid diberi masa untuk mencari jawapan.
3. Setelah itu, murid berpasangan dengan rakan untuk membandingkan jawapan masing-masing.
4. Murid berkongsi jawapan dengan rakan-rakan sekelas.
5. Murid melengkapkan aktiviti No. 4.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
6.3 Sebatian 6.3.5 Membezakan perubahan kimia dan perubahan fizik
6.3.6 Membezakan campuran dan sebatian S5 TP4 83
Buku Teks
m.s 188 – 189
BBM PAK-21 KBAT
Inkuiri penemuan
Sampul berisi tugasan Menganalisis
Three Stray, One Stay
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi Peta buib berganda Bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Guru meminta wakil setiap kumpulan memilih salah satu sampul di tangannya.
2. Sampul tersebut mengandungi tugasan yang perlu dilakukan:
• Mencairkan ais • Memanaskan campuran besi dan sulfur
• Melarutkan garam dalam air • Menggoreng telur
• Mendidihkan air • Memanaskan zink dengan larutan kuprum(II) sulfat
3. Murid memerhati dan menyenaraikan perubahan ciri-ciri yang terdapat dalam aktiviti mereka.
4. Murid kemudiannya menjalankan aktiviti Three Stray, One Stay. 3 ahli kumpulan pergi ke meja kumpulan lain untuk mendapatkan
maklumat tentang 5 aktiviti yang lain manakala seorang murid tinggal di meja untuk menerangkan aktiviti kumpulan mereka.
5. 3 murid yang mencari maklumat kembali ke kumpulan masing-masing dan berkongsi maklumat dengan rakan yang tinggal.
6. Murid kemudiannya membanding dan membezakan perubahan fizik dan kimia menggunakan peta i-Think yang sesuai.
7. Murid melengkapkan aktiviti No. 5.
BAB 6 EG 21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
BM Bab 6.indd 21 30/07/2021 9:06 AM

