Page 12 - Genius PBD Sejarah Thn 5 (EG)
P. 12

Cadangan PdPc
          1.  Guru berbincang dengan murid tentang tokoh-tokoh yang berjuang ke arah kemerdekaan.
          2.  Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
          3.  Setiap kumpulan akan mengkaji serta membincangkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan negara.
          4.  Setelah tamat tempoh perbincangan, guru mengedarkan sebuah peta alir kosong untuk diisi oleh setiap kumpulan
            tanpa merujuk kepada buku teks.
          5.  Kumpulan yang paling cepat menyempurnakan tugasan akan tampil memberikan penerangan di hadapan kelas.
          6.  Murid-murid lain memberikan respons dan membuat catatan.
          7.  Satu rumusan tentang usaha ke arah kemerdekaan dibuat.
          8.  Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 44.
          Panduan RPH                                                      Tahap Penguasaan
           Standard Kandungan (SK)         Standard Pembelajaran (SP)           (TP)       Halaman
         7.3   Sejarah Kemerdekaan   7.3.3  Menerangkan detik-detik pengisytiharan   TP4     45
              1957                      kemerdekaan            Buku Teks  m.s. 85

                       BBM                          PAK-21                       KBAT
                                                   Klip video
                Buku teks, gambar, video                                      Menganalisis
                                                  (Video clips)
                       EMK                          i-THINK                    Nilai Murni
            Teknologi maklumat dan komunikasi       Peta alir                  Kesyukuran
          Cadangan PdPc
          1.  Guru berbincang dengan murid tentang usaha-usaha ke arah kemerdekaan.
          2.  Perbincangan bertumpu kepada ambang kemerdekaan serta detik-detik pengisytiharan kemerdekaan.
          3.  Guru kemudian menayangkan klip video berkaitan dengan pengisytiharan kemerdekaan.
          4.  Berdasarkan klip video, guru mengemukakan soalan-soalan seperti:
             •   Di manakah pengisytiharan kemerdekaan diadakan?
             •   Siapakah yang berucap pada majlis tersebut?
             •   Siapakah  yang  menaikkan  bendera  Persekutuan  Tanah  Melayu  pada  malam  30  Ogos  1957  di  Padang  Kelab
                Selangor?
             •   Apakah perasaan anda sekiranya anda menyaksikan sendiri pengisytiharan kemerdekaan?
             •   Mengapakah anda berperasaan sedemikian?
          5.  Murid-murid menjawab secara lisan mengikut giliran.
          6.  Murid-murid membuat satu rumusan tentang pengisytiharan kemerdekaan negara.
          7.  Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 45.





















        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.          EG 10                                        UNIT 6






   Pdpc PERFECT PBD 2021 SEJARAH Thn5.indd   10                                                 20/09/2022   9:33 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17