Page 9 - Genius PBD Sejarah Thn 5 (EG)
P. 9
Strategi RPH
UNIT
5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang
Panduan RPH Tahap Penguasaan
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) (TP) Halaman
7.2 Perjuangan Menentang 7.2.1 Menyenaraikan tokoh tempatan yang TP1 34
Campur Tangan dan menentang campur tangan dan penjajahan
Penjajahan kuasa asing Buku Teks m.s. 60 – 69
BBM PAK-21 KBAT
Siapa Saya?
Buku teks, gambar, video Menganalisis
(Who Am I?)
EMK i-THINK Nilai Murni
Patriotisme Peta buih Cinta akan negara
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang tokoh-tokoh tempatan yang menentang campur tangan dan penjajahan kuasa
asing di negara kita.
2. Setiap orang murid diberi identitinya pada belakang bajunya (disematkan di belakang baju).
3. Identiti-identiti yang digunakan ialah:
• Dol Said
• Dato’ Bahaman
• Dato’ Maharaja Lela
• Yamtuan Antah
• Rentap
• Syarif Masahor
• Antenom
• Mat Salleh
• Tok Janggut
• Haji Abdul Rahman Limbong
4. Setiap murid diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan-kawan yang lain tentang identiti yang diberi
kepadanya.
5. Murid-murid lain hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak” sebagai klu jawapan kepada soalannya.
6. Apabila identiti diperoleh, murid tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada murid-murid lain yang belum mengenal
pasti identitinya.
7. Murid-murid membuat satu rumusan tentang tokoh-tokoh tempatan yang menentang campur tangan dan penjajahan
kuasa asing.
8. Murid-murid menjawab soalan dalam buku Genius PBD Sejarah halaman 34.
UNIT 5 EG 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Pdpc PERFECT PBD 2021 SEJARAH Thn5.indd 7 20/09/2022 9:33 AM

